Page 23 - Bulletin_APM_Mei_Jun2025
P. 23

PENGAJIAN MELAYU MERENTASI DISIPLIN ILMU


                     PERBINCANGAN KERJASAMA ANTARA

                    AKADEMI PENGAJIAN MELAYU, UM DAN

              TIANJIN FOREIGN STUDIES UNIVERSITY, CHINA


            25 Mei 2025 - Sesi perbincangan kerjasama telah diadakan antara
            Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya dan Fakulti

            Bahasa-bahasa Asing Asia-Afrika, Tianjin Foreign Studies University.
            Perbincangan ini melibatkan cadangan pelaksanaan program mobiliti,
            pertukaran pelajar dan pensyarah, serta semakan semula kandungan
            Memorandum Persefahaman (MoU) antara kedua-dua institusi.
            Delegasi APM diwakili oleh Prof. Madya Dr. Tengku Intan Marlina
            Tengku Mohd Ali, Dr. Mardian Shah Omar, Dr. Nurul Haniza Samsudin
            dan Dr. Nurul Asmaa’ Akmal Md Din. Pihak Tianjin Foreign Studies
            University diwakili oleh Profesor Dr. Duo Chenjie bersama-sama dua
            orang tenaga pengajar bahasa Melayu, Cikgu Cahaya dan Cikgu Fiza.












































































                                                                                                  23
   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28