Page 59 - CEREKA_APM_Mei_Ogo2025
P. 59

JEJAK PERSAHABATAN

                                Nurul Haniza Samsudin (sambungan 2)





                          Kerana dalam setiap langkah yang kuambil,
                          Ada bayang kenangan kita yang masih mengiring dari

                          kejauhan,
                          Seperti gema yang tidak pernah benar-benar hilang,
                          Hanya mereda supaya aku belajar berdiri sendiri bila jatuh,
                          Tanpa melupakan dahan ku berpaut dahulu.


                          Dan dalam setiap sunyi yang datang,
                          Aku masih teringat bahawa suatu ketika dulu,
                          Kita pernah berkongsi dunia kecil yang dipenuhi cerita,
                          gurauan,

                          Kini, biarlah persahabatan ini terus hidup dalam bentuk
                          yang lebih dewasa,
                          Cukup sekadar rasa saling mendoakan,
                          Walau dari jarak yang tidak terjangkau.


                          Jika aku jatuh,
                          Aku akan mengingati,
                          Pernah ada tanganmu yang menyambut,
                          Andai kejayaan kelak milikku,
                          Akan ku ingati pernah ada kata-katamu yang menemaniku.
                          Begitulah persahabatan kita,

                          Bukan diukur pada kerapnya kita bicara,
                          Tetapi sedalam mana kita pernah saling memahami,
                          Tanpa sepatah kata yang terucap.

















































                                                                                                  59
   54   55   56   57   58   59   60   61   62   63   64