Page 60 - CEREKA_APM_Mei_Ogo2025
P. 60

Saya Dengar, Saya Faham

                                  NUR AMIRAH BINTI CHE SOH
                     Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur






          Strategi wacana yang berkesan dalam menyantuni kanak-kanak

          yang mengalami mild Attention Deficit Hyperactivity Disorder
          (ADHD) seharusnya berbentuk komunikasi yang mesra, mudah
          difahami, dan bersifat empatik bagi menyokong perkembangan
          emosi dan tingkah laku kanak-kanak mild ADHD dalam kehidupan

          seharian.


          Pocket book ini menyediakan wacana sedia ada kanak-kanak mild
          ADHD dan bagaimana masyarakat sekliling perlu respon bagi

          kelancaran proses komunikasi di antara dua pihak. Po ket book ini
          memaparkan wacana khusus bagi kanak-kanak mild ADHD yang
          melibatkan aspek intonasi, pemilihan kata dan pendekatan
          linguistik lain yang boleh digunakan untuk menyantuni kanak-kanak

          ini.


          Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah
          pemerhatian terhadap interaksi antara guru dan murid mild ADHD

          di dalam bilik darjah. Pengkaji juga membuat penciptaan situasi
          tertentu yang dirancang untuk merangsang interaksi komunikasi
          seperti aktiviti bermain permainan bersama. Responden bagi kajian
          ini adalah dua orang murid lelaki mild ADHD yang berumur antara

          4 hingga 6 tahun. Dapatan diperoleh melalui analisis deskriptif
          terhadap bentuk komunikasi yang diamalkan oleh guru dalam
          situasi sebenar pengajaran dan pembelajaran.














































                                                                                                  60
   55   56   57   58   59   60   61   62   63   64   65