Page 65 - CEREKA_APM_Mei_Ogo2025
P. 65

MENCIPTA PENGALAMAN MELALUI GASTRONOMI
                                   KUIH TRADISIONAL MELAYU
                           Mohd Faizal Md Nor & Sabzali Musa Kahn
                        Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur



            Aktiviti pelancongan domestik di Malaysia kini semakin rancak
            akibat pelbagai daya tarikan yang ditawarkan. Faktor tolakan
            dan      tarikan      yang      positif     telah      menyumbang             kepada

            keuntungan para pengusaha dan peniaga dalam semua
            peringkat perniagaan. Trend pelancongan makanan warisan

            kini semakin mendapat sambutan yang menggalakkan
            daripada rakyat tempatan. Disebabkan permintaan yang
            semakin tinggi secara tidak langsung lahirlah peniaga-peniaga

            kecil yang ingin mencuba nasib untuk menceburkan diri dalam
            perniagaan          kuih      warisan        sebagai         langkah        menjana

            pendapatan mereka.


            Kuih-muih tradisional Melayu telah lama diwarisi melalui satu

            generasi ke generasi. Ilmu mengenai teknologi pembuatan,
            pemilihan bahan mentah dan jangka hayat kuih menunjukkan

            masyarakat Melayu tradisional telah berupaya mencipta
            makanan           yang        berkhasiat         dan        berkualiti        dengan
            menggunakan sumber alam semula jadi yang terdapat di

            sekeliling mereka.



            Di dalam penulisan ini kami akan memperkenalkan dua jenis
            kuih tradisional Melayu Melaka yang sering mendapat
            perhatian kerana kedua-duanya mempunyai persamaan yang

            hampir sama. Kuih-muih ini mempunyai perbezaan dari segi
            nama,       bentuk,       dan      olahannya.         Kuih-      muih      ini    juga

            berkemungkinan terdapat di negeri-negeri lain di Malaysia,
            namun namanya berbeza seperti yang dikenali di negeri
            Melaka.



            Kuih Ku (kuih angku dikenali oleh kaum Cina dan Peranakan

            Baba       dan     Nyonya).        Kuih          ini   berwarna         warni      dan
            menggunakan             upih     pinang        untuk      proses       membentuk
            teksturnya. Kuih ku kebiasaannya berbentuk sedikit bujur dan

            berintikan kacang hijau atau kacang merah. Kuih ini sering
            dihidangkan sewaktu majlis berinai keci, berinai besar dan

            Hari Raya Aidiladha di negeri Melaka. Walau bagai mana pun,
            peredaran masa dan permintaan yang tinggi oleh para
            penggemar kuih muih tradisional, kuih ku boleh didapati

            hampir setiap hari di pelbagai lokasi pasar malam, pasar pagi
            dan juga di warung-warung yang menyediakan sarapan pagi

            di Negeri Melaka.




                                                                                                  65
   60   61   62   63   64   65   66   67   68   69   70