Page 66 - CEREKA_APM_Mei_Ogo2025
P. 66

MENCIPTA PENGALAMAN MELALUI GASTRONOMI
                                    KUIH TRADISIONAL MELAYU
                              Mohd Faizal Md Nor & Sabzali Musa Kahn
                                                 (sambung 2)




































                                            Bahan-bahan (A):
                                               Tepung Pulut
                                            Tepung Gandum

                                              Sedikit Garam
                                                Jus pandan
                                                  Santan
                                             Pewarna Pilihan


                                                  Inti (B):
                                Pes Kacang Merah (telah siap dijual)
                                 Pes Kacang Hijau (telah siap dijual)


          Cara membuat:
          Campur semua bahan A. Setelah sebati, asingkan beberapa bahagian
          dan warnakan mengikut citarasa, kemudian jadikan doh berbentuk bulat

          dan leperkan untuk dimasukkan inti pilihan. Dengan menggunakan upih
          pinang atau sarung buah pintalkan untuk mendapat bentuk serta tekstur
          seperti di dalam gambar. Gunakan daun pisang bersaiz kecil sebagai
          pengalas, kemudian kukus selama 15 minit. Setelah siap olehkan sedikit
          minyak masak di permukaan kuih.


          Kuih kedua pula adalah kuih Badak Berendam. Kuih badak berendam
          juga amat popular di negeri Melaka. Sering dihidangkan sewaktu bulan

          Ramadan sebagai pencuci mulut. Kuih ini mempunyai aroma daun
          pandan yang wangi, inti kelapanya yang manis dan rasa santannya yang
          lemak dan masin. Santan kelapa yang merendam bebola kuih (merujuk
          kepada badak yang sedang berendam) tekturnya perlulah sedikit pekat
          supaya mudah untuk di makan. Gabungan manis, masin dan lemak
          menaikkan selera sewaktu menjamah kuih badak berendam. Teksturnya
          bebolanya yang lembut dan sedikit kenyal menjadikan kuih ini sedikit
          berbeza tekturnya dengan kuih ku dan kuih koci.




                                                                                                  66
   61   62   63   64   65   66   67   68   69   70   71