Page 69 - CEREKA_APM_Mei_Ogo2025
P. 69
MENCIPTA PENGALAMAN MELALUI GASTRONOMI
KUIH TRADISIONAL MELAYU
Mohd Faizal Md Nor & Sabzali Musa Kahn
(sambung 5)
Cara membuat:
Campurkan semua bahan B kecuali tepung
gandum. Masak di atas dapur hingga kelapa parut
betul-betul masak. Kemudian letakkan sedikit
tepung gandum untuk menjadikan tektur inti
kelapa lebih padat. Kemudian, campurkan semua
bahan A dan uli hingga sebati. Buat bebola kecil
dan masukkan inti kelapa yang telah disejukkan.
Rebus di dalam air yang mendidih. Apabila
bebola mula terapung angkat dan toskan
kemudian masukkannya ke dalam santan lemak
yang telah siap dimasak. Masukan semua bahan
C dan masak sehingga naik wap dan tidak perlu
mendidih.
Pengalaman merasai kuih-muih tradisional ini
membuatkan para pelancong yang terdiri daripada
pelbagai latar bangsa, budaya, citarasa dan minat
merasai kelainan dan keunikkan kedua-dua jenis
kuih ini. Setiap negeri mempunyai keistimewaan
mereka sendiri yang telah diwarisi sejak
berzaman. Kuih-muih warisan ini perlu dipelihara
agar tidak hilang ditelan zaman.
Kesimpulannya, mewarisi peninggalan generasi
dahulu merupakan suatu tanggungjawab sosial
setiap lapisan masyarakat di Malaysia. Nilai ini
secara tidak langsung menonjolkan jatidiri budaya
dan imej masyarakat Melayu sebagai generasi
penyambung tradisi. Diharapkan agar kuih-muih
tradisional menjadi satu label antarabangsa
sebaris dengan pastri-pastri dari Eropah, Korea
dan Jepun.
69

