Page 4 - Pelan Strategik ICT
P. 4
2015 - 2017 PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT - PELAN STRATEGIK ICT
2 | Ringkasan Eksekutif
Perkembangan pesat dalam teknologi ICT telah mengubah cara bisnes
dikendalikan. Kebergantungan kepada ICT di dalam operasi seharian
Universiti semakin meningkat dari semasa ke semasa. Pada hari ini, UM
mempunyai lebih kurang 9,000 buah PC, 300 buah komputer pelayan, 900
buah suis rangkaian, 2,000 buah Wireless Access Point dan lebih 200 buah
aplikasi bagi menyokong operasi Universiti. Keperluan terhadap
perkhidmatan ICT terus meningkat. Bilangan peranti dan aplikasi mudah
alih, perkhidmatan cloud, big data analytic dan wearable technologies akan
terus berkembang dengan pesat. Sejajar dengan itu, PTM akan terus
berusaha memenuhi keperluan staf dan pelajar Universiti. Menjelang awal
2015, kapasiti jalur lebar (bandwith) akan dipertingkat dari 2 Gbps ke 3
Gbps. Sebanyak 900 buah
Wireless Access Point baru akan dipasang di semua kolej kediaman. Ini akan memperbaiki pengalaman
WiFi bagi pelajar-pelajar di kolej kediaman.
Sebagai sebuah Universiti yang tertua, UM tidak pernah sunyi daripada cabaran yang tersendiri.
Sebahagian besar suis rangkaian telah berusia lebih dari 7 tahun dan masih beroperasi pada kelajuan 100
Mbps. Sehubungan dengan itu, PTM akan mengganti suis ini secara berperingkat mengikut bajet yang
diperuntukkan. Kebanyakan tetulang belakang fiber di kampus juga hampir tamat jangka hayatnya dan
perlu diganti dengan fiber berkapasiti tinggi.
Di samping pembangunan infrastruktur ICT, PTM juga terlibat dalam pembangunan aplikasi.
Semenjak 10 - 15 tahun lepas, banyak aplikasi telah dibangunkan dan dilaksanakan secara khususnya
sejak 5 tahun lalu, aplikasi baru dan berinovasi telah dilaksanakan seperti Sistem e-Perolehan, Sistem
Pengurusan Geran Penyelidikan, Sistem Klinik Panel, Sistem Tuntutan, Sistem Pengurusan Kolej Kediaman,
Sistem Aplikasi Online, Sistem Pemantauan Calon Pascasiswazah, Sistem e-Voting untuk pemilihan wakil
pelajar dan Sistem e-Tiket untuk konvokesyen. Kebanyakan aplikasi ini digunakan untuk mengendali
aktiviti berbentuk operasi. Untuk 2 - 3 tahun akan datang PTM dijangka akan memperluas aplikasi ini bagi
menyokong sistem maklumat strategik dan kepintaran bisnes (Business Intelligence). Termasuk di dalam
perancangan ialah pengstrukturan platform pembangunan kepada sistem multi-layered architecture yang
membenarkan pengasingan data, rule dan antaramuka.
Selain dari menangani keperluan asas ICT, PTM juga sedang menuju ke arah Pengkomputeran Cloud
(Cloud Computing), Big Data Analytics dan Internet of Things (IoT). Sistem e-mail dan laman web UM berada
di Cloud dan kini usaha sedang dijalankan untuk membangunkan keupayaan analisis untuk Sistem
Maklumat Pelajar serta log komputer pelayan dan peralatan rangkaian menggunakan Big Data Analystics.
Semuanya di dalam proses perubahan, termasuklah kadar perubahan. Perubahan tidak dapat dielakkan.
Kita mesti berubah untuk maju. PTM berharap untuk sentiasa berupaya menampung perubahan yang
diperlukan untuk menaikkan taraf Universiti ke dalam kalangan 100 terbaik di dunia
2