Page 9 - Pelan Strategik ICT
P. 9
PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT - PELAN STRATEGIK 2015 - 2017
Cik Junnaini Ismun
Ketua Bahagian Pengurusan Pusat Data
Pusat Teknologi Maklumat
3.5 BAHAGIAN PENGURUSAN PUSAT DATA (BPPD)
3.5.1 Latar Belakang
Bahagian Pengurusan Pusat Data (BPPD) bertanggungjawab memastikan data dan
maklumat dalam bentuk digital milik Universiti Malaya disimpan dalam infrastruktur yang
mantap dan sentiasa mudah dicapai (highly available) secara selamat (secure) oleh entiti - entiti
yang telah dikenalpasti melalui akses yang dikawal.
Bahagian ini bertanggungjawab merancang, mengurus, menyelenggara dan mengawasi
peralatan Pusat Data, seperti pelayan (server), storan (storage) dan perkakasan
(equipment/appliance) berkaitan, agar fungsi dan kapasitinya mampu menyokong dan
diskalakan (scaleable) untuk keperluan sistem - sistem aplikasi utama sedia ada dan yang
dirancang oleh Universiti Malaya dalam menyokong perkhidmatan teras Universiti.
Untuk menyokong kesinambungan urusan pentadbiran (business ontinuity) perkhidmatan
teras Universiti, BPPD juga bertanggungjawab merancang dan menyediakan Tapak Pemulihan
Bencana untuk menghadapi kemungkinan dan meminimakan kesan bencana (disaster) ke
atas perkhidmatan teras Universiti.
7