Page 10 - Pelan Strategik ICT
P. 10

2015 - 2017             PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT - PELAN STRATEGIK ICT
















        3.5.2 Fungsi-Fungsi

                 • Mengenal pasti, merancang dan mengaplikasikan teknologi baru perkakasan dan perisian
                    pusat  data  yang  berprestasi  tinggi,  boleh-skala  (scalable)  dan  selamat  (secure)  untuk
                    digunakan oleh Pusat Data PTM bagi menyokong aplikasi dan perkhidmatan ICT Universiti
                    Malaya.

                 • Mengenal  pasti  dan  mengaplikasikan  teknologi  bersesuaian  untuk  melancarkan  dan
                    meningkatkan   kepuasan   pengguna   (user   experience)   semasa   menggunakan   sistem
                    aplikasi  dengan  teknologi  bersesuaian.  Contohnya,  penggunaan  UMMail  dipertingkatkan
                    dari segi user experience dengan penggunaan teknologi Google Cloud.

                 • Menyelenggara dan mengawasi kemudahan infrastruktur Pusat Data yang terdiri daripada
                    pelayan, perisian dan peralatan yang menyokong aplikasi dan perkhidmatan ICT universiti
                    bagi  memastikan  kesediaan  (availability),  prestasi,  kapasiti  dan  keselamatan  pelayan,
                    perkakasan dan aplikasi berada pada tahap yang tinggi.

                 • Mengurus,  menyelenggara  dan  memantau  penggunaan  Storage  Area  Network  dan
                    Infrastruktur Virtualisasi bagi mencapai objektif pemusatan storan dan pelayan (storage And
                    server consolidation).

                 • Mengurus backup dan restore aplikasi dan pangkalan data.

                 • Menyediakan  perkhidmatan  Domain  Name  System  (DNS)  untuk  kampus  UM  (um.edu.my)
                    dan meningkatkan reliability dengan penggunaan teknologi cloud.

                 • Mengurus perkhidmatan Webhosting untuk PTj-PTj di Universiti Malaya.

                 • Membangun,  menyelenggara  dan  memantau  infrastruktur  pelayan  bagi  Tapak  Pemulihan
                    Bencana.

                 • Melaksanakan  pengujian  Pelan  Pemulihan  Bencana  (Disaster  Recovery  Plan)  dengan
                    menguji pemulihan aplikasi dan pangkalan data.

                 • Mengurus perjanjian bagi khidmat sokongan, pembaharuan lesen dan pelanjutan waranti
                    bagi pelayan, pangkalan data dan perisian.

                 • Mengurus  bilik  pelayan  dari  aspek  keselamatan,  kapasiti,  kebersihan  dan  perkara-perkara
                    yang berkaitan dengannya.

                 • Memantau  fasiliti  persekitaran  (environmental  facility)  seperti  sistem  hawa  dingin,  sistem
                    pencegah kebakaran dan UPS (Uninterruptable Power Supply) di Pusat Data.


                                                           8
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15