Page 14 - Pelan Strategik ICT
P. 14

2015 - 2017             PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT - PELAN STRATEGIK ICT








        Puan Norlaili binti Raspan
        Ketua Bahagian Sistem Maklumat Sumber Manusia
        Pusat Teknologi Maklumat




        3.8 BAHAGIAN SISTEM MAKLUMAT SUMBER MANUSIA (BSMSM)


        3.8.1 Latar Belakang

                 Bahagian Sistem Maklumat Sumber Manusia atau BSMSM ditubuhkan pada tahun 2013 bagi

                 memenuhi  keperluan  terhadap  aplikasi  bersepadu  yang  lengkap  dalam  menyokong  kitaran
                 proses  pengurusan  sumber  manusia.  BSMSM  bertanggungjawab  dalam  pembangunan  dan
                 penyelenggaraan  sistem  khusus  bagi  pengurusan  maklumat  dan  rekod  berkaitan  sumber
                 manusia. Secara amnya aplikasi yang dibangunkan adalah bagi menyokong keseluruhan aktiviti
                 secara  bersepadu  bermula  daripada  proses  perancangan  sumber  manusia  sehingga  staf

                 menamatkan perkhidmatan.



        3.8.2 Fungsi-fungsi


                 •     Membangunkan  sistem  aplikasi  bagi  menyokong  proses  pentadbiran  universiti  dalam
                       pengurusan sumber manusia.

                 •     Mengkaji,  merancang  dan  menaik  taraf  aplikasi  yang  dibangunkan  bagi  memenuhi
                       keperluan teknologi semasa.

                 •     Mengkaji  dan  memberi  khidmat  nasihat  teknikal  kepada  PTj  dalam  perancangan
                       pembangunan sistem dan pelaksanaan polisi universiti agar kedua-duanya seiring.

                 •     Mengkaji, merancang dan melaksanakan integrasi antara sistem aplikasi.

                 •     Bekerjasama dengan PTj mengadakan taklimat, latihan dan roadshow bagi sistem aplikasi
                       yang dibangunkan.



















                                                           12
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19