Page 16 - Pelan Strategik ICT
P. 16
2015 - 2017 PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT - PELAN STRATEGIK ICT
Dr. Kanmani A/P Munusamy
Ketua Bahagian Inovasi Aplikasi ICT
Pusat Teknologi Maklumat
3.10 BAHAGIAN INOVASI APLIKASI ICT (BIAI)
3.10.1 Latar Belakang
Bahagian Inovasi Aplikasi ICT (BIAI) PTM telah diwujudkan dengan tujuan untuk
membangunkan aplikasi portal web kolaboratif untuk kegunaan komuniti UM yang merentasi
keperluan pelbagai fungsi pentadbiran.
Secara amnya, projek pembangunan oleh BIAI lebih tertumpu kepada penggunaan teknologi
web yang baru bagi keperluan komuniti UM. Dengan pembangunan sistem menggunakan
sumber terbuka, BIAI dapat membangunkan sistem mengikut keperluan pengguna UM dan
pada masa yang sama dapat mengurangkan kerenah birokrasi, penggunaan kertas dan
bebanan UM dalam menanggung kos lesen dan penyelenggaraan.
3.10.2 Fungsi-fungsi
• Menghasilkan aplikasi sistem berteraskan web untuk membolehkan warga UM
menambah baik produktiviti dan kualiti kerja dan menjadikan proses kerja sedia ada lebih
mudah dan kos-efektif.
• Menggunapakai sumber teknologi Open Source yang inovatif untuk menghasilkan
aplikasi sistem berinovatif dan efisien.
• Mengkaji, merancang dan membangunkan aplikasi portal untuk memudahkan
pengurusan aktiviti perolehan, pembayaran, penempahan fasiliti, penerbitan jurnal,
persidangan, penyelidikan dan akademik dengan lebih terancang dan tersusun.
• Mengkaji dan merancang keperluan untuk melaksanakan pelbagai proses integrasi baru
yang merentasi pelbagai landasan aplikasi kolaboratif dan aplikasi pentadbiran sedia ada.
• Mengkaji, merancang, menaiktaraf dan menyelenggara semua aplikasi sedia ada
bagimemastikan semuanya beroperasi dengan lancar dan sentiasa menepati keperluan
semasa, contohnya, UMEXPERT, Portal Staf, Portal Pelajar Laman Web UM, Sistem
Pengurusan Maklumat Penyelidikan (RPMS), Sistem E-Journal, Sistem Pengurusan
Maklumat Konferens (UM Conference), UM e-Learning (Spectrum), Sistem Perolehan &
Pembayaran atas talian (e-Procurement), Sistem Inventori dan lain-lain.
• Memberi khidmat nasihat dan latihan berkaitan penggunaan aplikasi teknologi kolaboratif,
teknologi Open Source, penyediaan laman web, pembangunan dan penggunaan Portal
Khas mengikut keperluan, implementasi teknologi SMS, implementasi teknologi kad
Kredit atas talian dan proses penyebaran maklumat melalui pelbagai landasan sedia ada.
14