Page 11 - Pelan Strategik ICT
P. 11

PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT - PELAN STRATEGIK ICT                                   2015 - 2017







        Puan Asiah Abu Samah
        Ketua Bahagian Keselamatan ICT & Pengurusan Perisian
        Pusat Teknologi Maklumat




        3.6 BAHAGIAN KESELAMATAN ICT & PENGURUSAN PERISIAN (BKiPP)


        3.6.1 Latar Belakang

                 Bahagian  Keselamatan  ICT  &  Pengurusan  Perisian  (BKiPP)  adalah  nama  baru  bagi  Bahagian
                 Keselamatan,  Audit  &  Latihan  –  ICT.   Pertukaran  nama  tersebut  dibuat  sejajar  dengan
                 pemindahan fungsi pengurusan Latihan ICT ke Unit Latihan, Bahagian Sumber Manusia (BSM)
                 di samping mengambil kira fungsi utama operasi sedia ada.

                 BKiPP  mengandungi  3  Fungsi  utama  iaitu:  Seksyen  Keselamatan  &  Audit  ICT,  Seksyen
                 Pengurusan
                 Pengkomputeran Akademik (HPC) dan Seksyen Pengurusan Perisian & Pengujilarian Aplikasi.

                 • Seksyen  Keselamatan  &  Audit  ICT  memainkan  peranan  di  dalam  melaksana  aktiviti
                    pemantauan,  penganalisaan  data-data  keselamatan  dan  pembudayaan  kesedaran
                    keselamatan  ICT  untuk  membantu  melindungi  semua  aset  ICT  dan  data  Universiti  yang
                    merangkumi penyelidikan dan pengajaran dari sebarang aktiviti subversif.

                 • Seksyen  Pengurusan  Pengkomputeran  Akademik  HPC  memainkan  peranan  dalam
                    mengurus  peralatan  HPC  di  Pusat  Data,  PTM  serta  memberi  khidmat  nasihat  berkaitan
                    HPC kepada pelbagai pihak dalaman UM.

                 • Seksyen  Pengurusan  Perisian  &  Pengujilarian  Aplikasi  memainkan  peranan  dalam
                    mengurus perolehan serta lesen perisian untuk pengajaran yang digunakan oleh lebih dari
                    dua  fakulti.   Fungsi  kedua  seksyen  ini  pula  meliputi  aktiviti  membangunkan  mekanisma
                    piawai untuk tujuan pengujilarian sistem aplikasi yang dibangunkan oleh PTM.

                 • Big Data Analytic. BKiPP juga sedang membangunkan secara berperingkat platform bagi
                    menyokong  aktiviti  penganalisaan  data  bersaiz  besar  (Big  Data)  dari  pelbagai  sumber.
                    Organisasi seperti Universiti Malaya pada dasarnya menjana data melalui pelbagai transaksi
                    seperti  trafik  rangkaian,  urusniaga,  media  sosial,  kandungan  web,  pendidikan,
                    pengangkutan, log mesin, sensor dan lain-lain. Maklumat dari pelbagai sumber ini dilihat
                    mempunyai  nilai  yang  sangat  besar  dalam  membantu  organisasi  menilai  tindakan  dan
                    membuat  keputusan  yang  akhirnya  akan  menentukan  halatuju  strategik  serta
                    kesinambungan organisasi berdaya saing di masa hadapan.







                                                            9
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16