Page 15 - Pelan Strategik ICT
P. 15

PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT - PELAN STRATEGIK ICT                                   2015 - 2017





        Puan Madhavi a/p Baskaran
        Ketua Bahagian Sistem Maklumat Kewangan
        Pusat Teknologi Maklumat





        3.9 BAHAGIAN SISTEM MAKLUMAT KEWANGAN  (BSMK)


        3.9.1 Latar Belakang

                 Bahagian  Sistem  Maklumat  Kewangan  atau  BSMK  ditubuhkan  pada  tahun  2013  bagi
                 memenuhi  keperluan  terhadap  aplikasi  bersepadu  yang  lengkap  dalam  menyokong  kitaran
                 proses pengurusan kewangan pelajar di Bahagian Bendahari. Bahagian ini bertanggungjawab
                 dalam  pembangunan  dan  penyelenggaraan  sistem  khusus  bagi  pengurusan  maklumat
                 kewangan  pelajar.  Secara  amnya  aplikasi  yang  dibangunkan  adalah  bagi  menyokong
                 keseluruhan aktiviti yang berkaitan dengan kewangan pelajar.


        3.9.2 Fungsi-fungsi

                 •    Membangunkan  sistem  aplikasi  bagi  menyokong  proses  pengurusan  kewangan  pelajar
                      universiti.

                 •    Mengkaji,  merancang  dan  menaik  taraf  aplikasi  yang  dibangunkan  bagi  memenuhi
                      keperluan teknologi semasa.

                 •    Mengkaji  dan  memberi  khidmat  nasihat  teknikal  kepada  PTj  dalam  perancangan
                      pembangunan sistem dan pelaksanaan polisi universiti agar kedua-duanya seiring.

                 •    Mengkaji, merancang dan melaksanakan integrasi antara sistem aplikasi.

                 •    Bekerjasama dengan PTj mengadakan taklimat, latihan dan roadshow bagi sistem aplikasi
                      yang dibangunkan.































                                                           13
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20