Page 13 - Pelan Strategik ICT
P. 13

PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT - PELAN STRATEGIK ICT                                   2015 - 2017







        Puan Marina Mansor
        Ketua Bahagian Sistem Maklumat Pelajar
        Pusat Teknologi Maklumat




        3.7 BAHAGIAN SISTEM MAKLUMAT PELAJAR (BSMP)

        3.7.1 Latar Belakang


                 Bahagian Sistem Maklumat Pelajar atau BSMP ditubuhkan pada tahun 2011 bagi memenuhi
                 keperluan  terhadap  perlunya  aplikasi  bersepadu  yang  lengkap  dalam  menyokong  kitaran
                 proses    maklumat     pelajar.   BSMP    bertanggungjawab       dalam    pembangunan       dan

                 penyelenggaraan  sistem  khusus  bagi  pengurusan  maklumat  dan  rekod  berkaitan  akademik
                 dan ko-kokurikulum pelajar. Secara amnya aplikasi  akademik  yang dibangunkan adalah  bagi
                 menyokong  keseluruhan  aktiviti  secara  bersepadu  bermula  daripada   proses   permohonan

                 kemasukan calon sehingga pelajar menamatkan pengajian.

        3.7.2 Fungsi-fungsi


                 •   Membangunkan  sistem  aplikasi  bagi  menyokong  proses  pentadbiran  universiti  dalam
                     pengurusan maklumat pelajar.

                 •   Mengkaji,  merancang  dan  menaiktaraf  aplikasi  yang  dibangunkan  bagi  memenuhi
                     keperluan teknologi semasa.

                 •   Mengkaji  dan  memberi  khidmat  nasihat  teknikal  kepada  PTj  dalam  perancangan
                     pembangunan sistem dan pelaksanaan polisi universiti agar kedua-duanya seiring.

                 •   Bekerjasama dengan PTj mengadakan taklimat, latihan dan roadshow bagi sistem aplikasi
                     yang dibangunkan.

                 •   Mengkaji, merancang dan melaksanakan integrasi antara sistem yang dibangunkan oleh
                     BSMP dengan sistem yang dibangunkan oleh Pusat teknologi Maklumat dan sistem yang
                     dibangunkan oleh Pusat tanggungjawab (PTj).

                 •   Menyediakan aplikasi dan/atau membekalkan data berkaitan pelajar kepada kementerian,
                     jabatan kerajaan dan agensi luar.














                                                           11
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18