Page 17 - Pelan Strategik ICT
P. 17
PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT - PELAN STRATEGIK ICT 2015 - 2017
Encik Muhammad Aminudin Bin Razali
Ketua Bahagian Multimedia
Pusat Teknologi Maklumat
3.11 BAHAGIAN MULTIMEDIA (BMM)
3.11.1 Latar Belakang
Bahagian Multimedia telah ditubuhkan pada akhir tahun 2009 bagi membolehkan segala
aplikasi berkenaan bahan dan kandungan digital dapat dibangunkan dengan sempurna dan
bersepadu. Bahagian ini juga bertanggungjawab terhadap segala keperluan kandungan
digital Universiti Malaya seperti membangunkan bahan multimedia interaktif dan
menghasilkan poster, iklan, grafik website dan fotografi, perkhidmatan video pengajaran dan
pembelajaran bagi menambah baik proses pendidikan dan sebagainya.
3.11.2 Fungsi-fungsi
• Menyediakan kemudahan dan sokongan bagi staf akademik menyediakan bahan
persembahan multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaran.
• Menyediakan panduan penggunaan serta beroperasi sebagai pusat rujukan kepada staf
akademik dalam mereka bentuk dan membangunkan bahan multimedia interaktif yang
bersesuaian.
• Membangunkan bahan persembahan pengajaran dan pembelajaran (Open Courseware)
OCW, Spectrum dan MOOC) dalam bentuk multimedia interaktif seiring dengan
perkembangan teknologi e-pembelajaran.
• Merancang, mengurus, menyedia dan membangunkan bahan video dan audio digital
untuk pengajaran dan pembelajaran secara usahasama bagi memastikan matlamat
pelaksanaan e-Pembelajaran memenuhi garis panduan yang ditetapkan oleh Universiti
Malaya.
• Menyediakan perkhidmatan rakaman video, sidang video dan webcast siaran langsung
bagi keperluan Universiti Malaya di laman sesawang http://webcast.um.edu.my/streaming
15