Page 12 - Pelan Strategik ICT
P. 12
2015 - 2017 PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT - PELAN STRATEGIK ICT
3.6.2 Fungsi-fungsi
• Melaksana proses audit, pemantauan keselamatan, mengenalpasti risiko ke atas peralatan
pelayan, rangkaian, pc dan aplikasi serta melaksana program kesedaran keselamatan ICT
secara berkala untuk meningkatkan kualiti prasarana, aplikasi dan perkhidmatan ICT.
• Memantau & mengambil tindakan pencegahan, pemulihan dan pengurusan insiden
keselamatan ICT.
• Melaksana aktiviti audit ke atas dokumen berkaitan proses pembangunan sistem/aplikasi
UM.
• Mengurus perisian & perlesenan untuk perisian berkaitan pengajaran dan penyelidikan
serta mengurus portal MSDNAA, On-the-Hub & Program Hedstart.
• Menyelaras dan melaksanakan pengujian aplikasi (software testing) ke atas modul/sistem
kritikal yang dibangunkan/diuruskan oleh PTM.
• Mengurus, menyelenggara dan memantau penggunaan & pengoperasian perkakasan HPC
& Kluster yang ditempatkan di Pusat Data PTM. Turut memberi khidmat nasihat dalam
pengurusan kemudahan HPC di Institut Pengurusan & Pemantauan Penyelidikan (IPPP) dan
Kompleks High Impact Research (HIR).
• Mewujudkan platform Big Data Analytic bagi tujuan menyokong proses penganalisaan
data berskala besar yang dijana oleh pelbagai sumber pengoperasian organisasi iaitu
merangkumi unstructured dan structured data. Kemudahan ini bertujuan membantu
organisasi dalam proses membuat keputusan strategik yang lebih tepat serta berdaya
saing.
10