Page 7 - Pelan Strategik ICT
P. 7
PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT - PELAN STRATEGIK ICT 2015 - 2017
Encik Abdul Salam Zainal
Ketua Bahagian Rangkaian
Pusat Teknologi Maklumat
3.4 BAHAGIAN RANGKAIAN (BR)
3.4.1 Latar Belakang
Bahagian Rangkaian bertanggungjawab untuk merancang, membangun, mengurus,memantau
dan menyelenggara rangkaian kampus termasuk semua kampus cawangan. Bagi memastikan
semua kakitangan dan pelajar mempunyai akses kepada capaian rangkaian, sebanyak 2,000
unit Access Point Wireless dan hampir 1,000 unit network switch telah dipasang dan diselenggara
di seluruh kampus. Kesemua perkakasan ini dipantau dan diselenggara oleh staf Bahagian
Rangkaian. Selain daripada perkakasan tersebut, terdapat beberapa perkakasan rangkaian
utama lain yang turut dipantau dan diselenggara, antaranya adalah:
a) Supercore Switch
b) Distribution Switch
c) Wireless Controller
d) DHCP Appliance
e) VPN Appliance
f) Bandwidth Manager
Kesemua perkakasan ini sangat kritikal dan memerlukan kestabilan kerana ianya merupakan
alatan utama yang akan menentukan kebolehcapaian rangkaian dan juga wireless di Universiti
Malaya.
Berikut adalah kapasiti bandwidth yang digunakan di Kampus Utama dan cawangan:
a) Kampus Utama - 2,000 Mbps
b) Kampus Kota - 25 Mbps
c) Asrama Hospital Klang - 25 Mbps
d) Nilampuri, Kelantan - 25 Mbps
e) IOES,Bachok - 8 Mbps
f) Jelebu,NS - 4 Mbps
5