Page 6 - Pelan Strategik ICT
P. 6

2015 - 2017           PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT - PELAN STRATEGIK







        Puan Nor’ain Binti Mohamed
        Ketua Unit Perancangan Strategik & Pengurusan Projek
        Pusat Teknologi Maklumat






        3.3 Unit Perancangan Strategik & Pengurusan Projek


        3.3.1 Latar Belakang

                 Unit Perancangan Startegik & Pengurusan Projek (UPSPP) ditubuhkan pada bulan Januari 2015
                 susulan  penstrukturan  semula  Pusat  Teknologi  Maklumat  (PTM).  Ianya  berbangkit  daripada
                 keperluan  PTM  untuk  mewujudkan  unit  khas  bagi  membantu  Pengarah  PTM  dalam
                 perancangan strategik ICT dan pengurusan projek ICT.

        3.3.3 Fungsi


                 1.    Menerajui     dan    menyelaras     aktiviti   berkaitan   pembangunan,      pelaksanaan,
                       penambahbaikan dan pensijilan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) selaras
                       dengan keperluan ISO/IEC 27001 untuk PTM.

                 2.    Menerajui dan menyelaras aktiviti berkaitan Sistem Pengurusan Kualiti Universiti Malaya
                       (QMS) selaras dengan keperluan ISO 9001 untuk PTM.

                 3.    Menyelaras pembangunan, penyimpanan dan penyelenggaraan dokumen-dokumen ICT
                       seperti  Polisi  ICT,  Dasar  Keselamatan  ICT  (DKICT),  prosedur-prosedur  ICT,  garis-paris
                       panduan ICT dan peraturan-peraturan ICT.

                 4.    Menguruskan mesyuarat-mesyuarat Majlis ICT dan Jawatankuasa Pengguna ICT (JKPICT).

                 5.    Mengurus  semakan  dan  penyediaan  dokumen-dokumen  seperti  Pelan  Strategik  ICT,
                       Laporan Tahunan PTM dan sebagainya.

                 6.    Menjalankan Kajian Kepuasan Pelanggan bagi pihak PTM.

                 7.    Menguruskan aktiviti bagi tujuan meningkatkan kebolehan dan motivasi staf PTM dalam
                       pelbagai  aspek  seperti  sesi  perkongsian  ilmu,  penulisan  kertas  kerja,  internship  dan
                       seumpamanya.

                 8.    Menambahbaik urusan berkaitan pengurusan dan pemantauan projek-projek ICT PTM.













                                                           4
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11