Page 18 - Pelan Strategik ICT
P. 18
2015 - 2017 PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT - PELAN STRATEGIK ICT
Puan Norkhaizura Mohamed Kassim
Ketua Bahagian Pengurusan Komputer
PusatTeknologi Maklumat
3.12 BAHAGIAN PENGURUSAN KOMPUTER (BPK)
3.12.1 Latar Belakang
Bahagian Pengurusan Komputer ditubuhkan pada Januari 2015. Secara amnya bahagian ini
bertanggung jawab bagi merancang, mengurus, menyedia, membekal, menyelenggara
dan membaikpulih peralatan ICT seperti komputer dan komputer riba yang
digunakan oleh kakitangan akademik dan bukan akademik bagi tujuan pengajaran,
pembelajaran dan pentadbiran universiti. Di samping itu, bahagian ini juga mengurus
dan memantau penyelesaian aduan ICT yang dibuat oleh warga UM.
3.12.2 Fungsi-fungsi
• Menganalisa dan merancang keperluan baru/keperluan penggantian peralatan ICT
universiti seperti komputer desktop dan notebook.
• Mengurus perolehan komputer serta menyediakan spesifikasi.
• Menguruskan pengagihan komputer desktop dan notebook.
• Memberi khidmat nasihat kepada PTj mengenai peralatan ICT – pembelian dan pelupusan.
• Mengurus pinjaman komputer, notebook dan LCD projector.
• Menguruskan Sistem Active Directory (AD).
• Menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan komputer kepada PTj yang tiada staf ICT.
• Mengurus dan memantau penyelesaian aduan ICT yang dibuat oleh warga UM.
16