Page 157 - BUKU PANDUAN IJAZAH TINGGI SESI 2018 2019
P. 157
5. Taha Jabir al-Alwani, 2011, Apostasy In Islam: A Historical and Scriptual
Analysis¸International Institute of Islamic Thought, U.S.A.
Kemahiran Insaniah:
1. Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah: CT1-CT5
2. Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat: LL1-LL3
3. Etika dan Moral Profesional: EM1-EM3
TERAS PROGRAM [12 KREDIT]
IOF7001 Karya Akidah dan Pemikiran Islam
Kursus ini membincangkan tema-tema utama karya akidah dan pemikiran Islam yang
mencakupi beberapa sub bidang utama seperti ilmu kalam, falsafah, tasawuf dan
perbandingan agama. Kandungan dan metodologi penulisan teks serta aliran
pemikiran pengarangnya akan dikupas sesuai dengan perkembangan semasa dalam
bidang-bidang tersebut. Kursus ini akan mendedahkan kepada pelajar kaedah terbaik
dalam berinteraksi dengan teks-teks turath yang penting dalam bidang akidah dan
pemikiran Islam sama ada teks silam atau karya semasa dalam bidang tersebut.
Kaedah Penilaian : Penilaian Berterusan: 50%
Peperiksaan: 50%
Bahasa Pengantar : Bahasa Malaysia/Bahasa Inggeris/Bahasa Arab
Hasil Pembelajaran
Di akhir kursus ini, pelajar dapat:
1. Menghuraikan tema-tema utama karya akidah dan pemikiran Islam yang
mencakupi beberapa sub bidang utama seperti ilmu kalam, falsafah, tasawuf
dan perbandingan agama dalam teks utama. [C3]
2. Menganalisis kandungan teks akidah dan pemikiran Islam dari sudut
metodologi penulisan dan aliran pemikiran pengarang. [C4]
3. Menilai kesesuaian idea yang dikemukakan pengarang bagi menyelesaikan
isu-isu akidah dan pemikiran Islam semasa [C5, P2, A3]
Rujukan Utama:
1. Mohd Faizal bin Abdul Khir, Khadijah Mohd Khambali @ Hambali, Ahli Kitab
Menurut Ibn Hazm dan al-Shahrastani, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka). 2015.
2. Sharifah Basirah Syed Muhsin, Che Zarrina Sa`ari, Kaedah Psikoterapi Islam
Berasaskan Konsep Maqamat Abu Talib al-Makki. (Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka). 2015.
157