Page 158 - BUKU PANDUAN IJAZAH TINGGI SESI 2018 2019
P. 158
3. Mohd Aizam bin Mas'od, Diskusi Isu Aqidah dan Pemikiran Semasa di
Malaysia, (Kuala Lumpur: Jabtan Kemajuan Islam, Malaysia). 2013.
4. Mohd Farid Mohd Shahran, Akidah dan Pemikiran islam: Isu dan Cabaran.
(Kuala Lumpur: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia). 2013.
5. Muhammad Hadi al-Shamrakki al-Madini, Syarh Ayyuha al-Walad li al-Imam
al-Ghazali. (Tuekey: C Maktabah Sayda). 2012.
Kemahiran Insaniah:
1. Kemahiran Komunikasi: CS1-CS3
2. Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah: CT1-CT3
3. Kerja Berpasukan: TS1-TS2
IOF7002 Perbahasan Epistemologi dalam Pemikiran Islam
Kursus ini membincangkan sudut pandangan Islam tentang perbahasan epistimelogi
yang terkandung dalam pemikiran Islam. Fokus utama kursus ialah falsafah dan teori
ilmu pengetahuan merangkumi sumber, kaedah, pentarafan, struktur, kedudukan,
hierarki dan nilai-nilai ilmu yang terkandung dalam disiplin-disiplin utama pemikiran
Islam. Ia turut membincangkan teori-teori ilmu dan metodologi pengajian ilmu dari
pelbagai disiplin ilmu termasuk Kalam, tasawuf, falsafah dan kajian agama. Di samping
itu, ia juga akan menyentuh tentang pengaruh disiplin-disiplin ilmu tersebut terhadap
kehidupan dan aliran-aliran pemikiran dalam masyarakat.
Kaedah Penilaian : Penilaian Berterusan: 50%
Peperiksaan: 50%
Bahasa Pengantar : Bahasa Malaysia/Bahasa Inggeris/Bahasa Arab
Hasil Pembelajaran
Di akhir kursus ini, pelajar dapat:
1. Menganalisis kerangka perbincangan epistemologi Islam. [C4]
2. Mengaplikasi nilai, sikap dan profesionalisme dalam epistemologi Islam. [C3]
3. Menilai cabaran semasa dan setempat menggunakan kemahiran
penyelesaian masalah dan pemikiran saintifik yang bersumberkan episteologi
Islam. [C5, A3]
Rujukan Utama:
1. Syeikh Daud Bin Syeikh Abdullah Al-Fatani, Mutiara Berharga Pada
Menyatakan Aqidah Orang Yang Beriman, Ed. Abdul Wahab Bin Mohd Saleh
(Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 2013). C9
2. Adian Husaini Et Al., Filsafat Ilmu: Perspektif Barat dan Islam (Jakarta: Gema
Insani, 2013).
158