Page 116 - BUKU PANDUAN ID APIUM 20182019
P. 116

KURSUS ELEKTIF PROGRAM

                  IIL1001       RASM AL-QUR’AN (BM/BA/BI)

                                Kursus ini membincangkan tentang dasar-dasar Rasm ‘Uthmani yang mencakupi beberapa
                                aspek penting yang amat diperlukan oleh seseorang bagi memahami kaedah penulisan al-
                                Quran. Ianya membincangkan tentang takrif Rasm ‘Uthmani, sejarah Rasm Arab, kaedah-
                                kaedah dalam penulisan al-Quran, Hazf, Ithbat, Ziyadah, Hamzah, Ibdal, Maqtu', Mawsul,
                                Qira’atayn dan Dabt al-Qur’an.

                                Hasil Pembelajaran
                                Di akhir kursus ini, pelajar dapat:
                                1.   Menjelaskan definisi pengajian Rasm dan sejarah perkembangannya.
                                2.   Menghuraikan dasar-dasar ilmu Rasm ‘Uthmani yang mencakupi Hazf, Ithbat, Ziyadah,
                                    Hamzah, Ibdal, Maqtu', Mawsul, Qira’atayn dan Dabt al-Qur’an.
                                3.   Membezakan antara rasm ‘Uthmani dan rasm yang lain.

                                Rujukan
                                1.   Al-Muqniʻ  fi Maʻrifah Marsum Masahif Ahl al-Amsar  (2010), ed. Nurah bint Hasan.
                                    Riyad: Dar al-Tadmuriyyah.
                                2.   Ḥamdān, ‘Umar Yūsuf  (2011), Aḍwā’ Jadīdah ‘ala al-Rasm al-‘Uthmānī, Maẓāhir wa
                                    Anmāṭ, Beirut: Mu’assasah al-Rayyān li al-Ṭibā‘ah wa al-Nasyr wa al-Tawzī’.
                                3.   Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan al-Quran (2011), Panduan Rasm
                                    Uthmani, Percetakan Nasional Malaysia Berhad, Kuala Lumpur.
                                4.   Abd al-Tawwab Mursi (2008). Al-Dabt Al-Mushafiy, Kaherah: Maktabah al-Adab
                                5.   Ahmad  Muhammad Abu Zayathar (2009). Al-Sabil ila Dabt Kalimat al-Tanzil, Kuwait:
                                    Silsilah Muallifat Ulama al-Quran.

                                Kemahiran Insaniah
                                1.   Kemahiran Komunikasi.
                                2.   Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah.
                                3.   Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat.

                  IIL2001       PENGAJIAN AL-QURAN DAN AL-HADITH DALAM MEDIA (BM/BA/BI)

                                Kursus ini membincangkan tentang bentuk-bentuk dan peranan media dalam pengajian al-
                                Quran dan al-Hadith serta penyelewengan terhadap ilmu tersebut melalui media seperti media
                                massa, media elektronik dan media cetak, aplikasi mudah alih dan perisian (software). Melalui
                                kursus ini pelajar akan didedahkan dengan ilmu-ilmu dalam pengajian al-Quran dan al-Hadith
                                yang berperanan penting dalam menyelesaikan penyelewengan semasa di dalam media.

                                Hasil Pembelajaran
                                Di akhir kursus ini, pelajar dapat:
                                1.   Menjelaskan bentuk dan peranan media dalam pengajian al-Quran dan al-Hadith.
                                2.   Meneliti penyelewengan terhadap pengajian ilmu-ilmu yang berkaitan dengan al-Quran
                                    dan al-Hadith melalui media.
                                3.   Menggunakan ilmu-ilmu al-Quran dan al-Hadith dalam menangkis dan menyelesaikan
                                    penyelewengan di dalam media.

                                Rujukan
                                1.   Monika @ Munirah Abd Razzak & Nik Mohd Zaim Ab Rahim. 2014. Aplikasi Media
                                    Elektonik Sebagai Medium Pembelajaran Al-Quran: Kajian Terhadap Televisyen Islam
                                    Di MALAYSIA. Dalam Sedek Ariffin, Khadher Ahmad & Ishak Hj Suliaman (pnyt). Tajdid
                                    in Qur'anic Studies, h. 297-308. Kuala Lumpur: Department of al-Quran and al-Hadith,
                                    APIUM.



                                                      116
   111   112   113   114   115   116   117   118   119   120   121