Page 125 - BUKU PANDUAN ID APIUM 20182019
P. 125

Matlamat Program

                  Untuk memajukan bidang pengajian Usuluddin khususnya Akidah dan Pemikiran Islam berasaskan tradisi keilmuan
                  Islam dan kaedah moden yang saintifik melalui pendidikan berkualiti untuk negara dan kemanusiaan.

                  Objektif

                   (1)   Melengkapkan pelajar dengan ilmu pengetahuan Islam dari sudut teori dan amali berdasarkan doktrin ahli
                       Sunnah wa al-Jamaah.

                   (2)   Melahirkan pelajar yang beriltizam dengan nilai moral dan etika Islam.

                   (3)   Melengkapkan pelajar dengan kekompetenan yang relevan seiring dengan keperluan kontemporari dan
                       arus globalisasi.

                  Hasil Pembelajaran Program
                  Pada akhir program, graduan dapat:

                   Hasil Pembelajaran                                                 PO
                   Menguasai asas dan prinsip ilmu pengetahuan dalam bidang Usuluddin khususnya Akidah
                   dan Pemikiran Islam berdasarkan sumber-sumber berautoriti dalam tradisi keilmuan Islam.   PO1

                   Mengaplikasikan  kemahiran praktikal  berhubung bidang profesion  menyentuh  hal ehwal
                   pentadbiran dan penyelidikan dalam bidang  Usuluddin khususnya Akidah dan Pemikiran   PO2
                   Islam  semasa yang selari dengan keperluan pasaran.

                   Mengaplikasikan  kemahiran  menguruskan masyarakat Islam berpandukan prinsip-prinsip
                   Usuluddin khususnya Akidah dan Pemikiran Islam dan mengutamakan tanggungjawab sosial   PO3
                   menerusi sumbangan yang diberikan kepada masyarakat.

                   Mempraktikkan nilai, sikap dan profesionalisme seorang ilmuwan bidang pengajian
                   Usuluddin khususnya Akidah dan  Pemikiran Islam   yang berakidah  mantap,  berfikiran
                   rasional, berfalsafah tinggi, berwawasan, bersahsiah unggul dan bertoleransi.    PO4

                   Mengaplikasikan  kemahiran komunikasi, kepimpinan dan kerja  berpasukan melalui kerja
                   kursus, latihan ilmiah dan latihan industri dalam bidang  Usuluddin khususnya Akidah dan   PO5
                   Pemikiran Islam.

                   Mengaplikasikan kemahiran mengendali dan menyelesaikan masalah dan kemahiran saintifik
                   berpandukan prinsip-prinsip ilmu  Usuluddin khususnya Akidah dan Pemikiran Islam.   PO6

                   Mengaplikasikan kemahiran pengurusan maklumat dalam  Usuluddin khususnya Akidah dan
                   Pemikiran Islam dan teori-teori ilmu dipelajari dalam bidang tersebut melalui pembelajaran   PO7
                   sepanjang hayat.

                   Menguasai Kemahiran mengurus  dan keusahawanan  berteraskan nilai-nilai   Usuluddin
                   khususnya Akidah dan tasawuf yang ditekankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.    PO8










                                                      125
   120   121   122   123   124   125   126   127   128   129   130