Page 228 - BUKU PANDUAN ID APIUM 20182019
P. 228

KURSUS TERAS PROGRAM

                  A.   UNDANG-UNDANG SYARIAH (42 KREDIT)
                  IID2006  AYAT WA AHADITH AL-AHKAM

                         Kursus ini akan melatih pelajar memahami dan membuat keputusan hukum fiqh menerusi ayat-ayat al-
                         Quran dan hadis. Antara tajuk yang dibincangkan ialah ayat-ayat al-Quran, hadis terpenting mengenai
                         taharah, ibadat, kekeluargaan, jual beli, jenayah, kemasyarakatan dan kenegaraan.

                         Hasil Pembelajaran
                         Pada akhir kursus ini pelajar dapat:
                         1.   Menerangkan ayat-ayat dan hadis-hadis hukum dan cara penginstinbatan daripadanya.
                         2.   Memanipulasi ayat-ayat dan  hadis-hadis  hukum  untuk dijadikan rujukan  dalam menentukan
                             hukum semasa.
                         3.   Menghuraikan ayat-ayat dan hadis-hadis hukum mengikut realiti semasa

                         Rujukan
                           1.  Al-'Asqalani, Ahmad  b. 'Ali b. Hajar (t.t.), Fath  al-Bari Syarh Sahih  al-Bukhari, Beirut: Dar al-
                             Ma'rifah.
                           2.  Ibn Salih, Abd. Allah b. Ab. Rahman Al Bassam (2000), Taysir al-Allam Syarh 'Umdah al-Ahkam,
                             Damsyiq: Dar al-Fayha'.
                           3.  Ali Bassam, 'Abdullah (2011), Taysir al-'Allam Sharh 'Umdat al-Ahkam, al-Riyad: Dar Ibn Juzay.
                           4.  Al-Nawawi, Yahya b. Sharaf (2012), Sahih Muslim bi Sharh al-Nawawi, al-Riyad: dar Ibn Hazm.
                           5.  Al-Shawkani, Muhammad b. 'Ali b. Muhammad (2013), Nayl al-Awtar, Damshiq: Dar al-Nawadir li
                             al-Nashr wa al-Tawzi'.

                         Kemahiran Insaniah
                           1.  Kemahiran Komunikasi
                           2.  Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat
                           3.  Etika dan Moral Profesional

                  IIM1001  SISTEM KEHAKIMAN ISLAM

                         Kursus ini  membincangkan konsep al-qada',  dalil, latarbelakang serta kaitannya  dengan kewajian
                         menegakkan keadilan. Ini diikuti dengan syarat dan kelayakan bagi kakitangan mahkamah.
                         Perbincangan juga meliputi institusi  yang ada kaitan dengan kehakiman seperti al-hisbah, al-mazalim,
                         al-sulh dan al-tahkim. Aspek lain yang disentuh seperti pendakwaan, perbicaraan, kaedah pensabitan
                         dan hukuman. Kursus ini juga melihat aplikasi teori kehakiman Islam dalam realiti semasa di Malaysia
                         dengan sedikit perbandingan dengan sistem kehakiman beberapa buah negara lain.

                         Hasil Pembelajaran
                         Pada akhir kursus ini pelajar dapat:
                         1.   Menghuraikan falsafah, konsep dan kedudukan sistem kehakiman (al-qada') Islam, perjawatan
                             berkaitan kehakiman serta kaitannya dengan keadilan.
                         2.   Menjelaskan institusi yang berkaitan dengan sistem keadilan seperti al-hisbah, al-mazalim, al-sulh
                             dan al-tahkim.
                         3.   Merumuskan konsep pendakwaan, kaedah pembuktian dan hukuman.
                         4.   Mengaplikasikan teori kehakiman Islam dalam profesion kehakiman dan perundangan Islam di
                             Malaysia.

                         Rujukan
                           1.  Abdul Karim Zaidan (2001), Nizam al-Qada' Fi al-Syariah al-Islamiyyah, Muassasah al-Risalah,
                             Beirut.
                           2.  Al-Syirbini Al-Khatib (1958), Muhni al-Muhtaj, Kaherah.
                           3.  Abdul Monir Yaacob (1990) Sistem Kehakiman Islam, IKIM, KL
                           4.  Abdul Monir Yacob,(2015) Kehakiman Islam Dan Mahkamah Syariah, Universiti Islam Malaysia.

                                                      228
   223   224   225   226   227   228   229   230   231   232   233