Page 319 - BUKU PANDUAN ID APIUM 20182019
P. 319

Buku Panduan Program Ijazah Dasar 2017/2018


               IIP2012  DIRASAH AL-MIQAT (BM)

                           Kursus ini memberi penjelasan dari perspektif ilmuan falak tradisi tentang kaedah yang
                           digunapakai dalam ilmu  Miqat untuk menentukan  waktu-waktu  dalam ibadah umat  Islam
                           terutamanya waktu solat. Kajian ilmu Miqat  atau popular dengan istilah timekeeping telah
                           diusahakan  oleh ilmuan falak tradisi sejak abad ke-7 Masihi  disebabkan kepentingan dalam
                           penentuan waktu-waktu solat dan arah kiblat umat Islam. Ilmuan falak tersebut telah mencipta
                           kaedah hitungan waktu solat dan arah kiblat dengan penggunaan peralatan rubu’ mujayyab. Oleh
                           demikian, kursus ini bertujuan memperlihatkan kepada para pelajar kaedah yang digunakan oleh
                           ilmuan falak tradisi untuk menentukan waktu dalam ibadah umat Islam. Di akhir kursus, para
                           pelajar  dapat memahami  bagaimana hitungan waktu solat  dan  arah kiblat  dapat dilakukan
                           menerusi ilmu Miqat yang mengaplikasikan peralatan tradisi rubu’ mujayyab.

                           Hasil Pembelajaran
                           Pada akhir kursus ini para pelajar dapat:

                            1.   Mengenalpasti bagaimana konsep hitungan waktu solat dilakukan menerusi kaedah ilmu
                                Miqat
                            2.   Menghitung waktu solat dan arah kiblat menggunakan peralatan tradisi ilmu Miqat iaitu
                                rubu’ mujayyab
                            3.   Mengaplikasi kaedah ilmu Miqat dalam menghitung arah kiblat

                         Rujukan

                            1.   ’Ilm Falak fi Turath al-A’rabiy, Ali Hasan Musa, (2001), Dar al-Fikr, Damsyiq.
                            2.   al-Jawahir al-Naqiyyah fi al-‘Amal al-Jaibiyyah, Syeikh Ahmad Khatib bin Abdul Latif al-
                                Minankabawi, (2005),Khazanah Fathaniyyah, Kuala Lumpur.
                            3.   Siraz az-Zulam fi Ma‘rifah as-Sa‘du wa al-Nuhas fi al-Shuhur wal Ayyam, ‘Abbas Al-‘Ashi,
                                (2006) Khazanah Fataniyyah, Kuala Lumpur.
                            4.   Saadan Man at. Al (eds) Tradisi Kecemerlangan Astronomi Islam (2013). Kuala Lumpur :
                                Jabatan Fiqh dan usul Universiti Malaya
                            5.   Sham al-Fathu berkenaan ‘Amal  al-Jaibiyyah, Umar bin Ismail Nuruddin, (2005),
                                Khazanah Fataniyyah, Kuala Lumpur.
                            6.   Laman web rasmi JAKIM ; http://www.islam.gov.my/
                            7.   Laman  web  rasmi  JUPEM  (Jabatan  Ukur  dan  Pemetaan  )  ;
                                http://spak.jusl.gov.my/Contact.aspx

                         Kemahiran Insaniah

                            1. Kemahiran Berkomunikasi
                            2. Pemikiran Kritis dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah
                            3. Kerja Berpasukan

               IIP2013     PETUNJUK AL-QURAN DAN AL-SUNNAH TENTANG ASTRONOMI (BM)

                           Kursus ini menjelaskan pengertian astronomi Islam dan astronomi dari perspektif al-Quran dan al-
                           Sunnah serta kaitannya dengan Islam. Kursus ini meliputi kaedah pencarian nas berdasarkan
                           tema, kaedah mengenalpasti nas bertema astronomi yang bersifat hukum ataupun pemikiran dan
                           kaedah pentafsiran nas bertema astronomi. Setelah itu, melalui kaedah-kaedah yang didedahkan,
                           kursus ini menjelaskan nas-nas yang menggesa penelitian terhadap jasad-jasad samawi seperti
                           dalam ayat Yasin (36): 40, Fussilat (41): 11, al-Takwir (81): 1-2, Yunus (10): 5, al-Anbiya’ (21): 33,
                           al-Sajdah (32): 5, hadith-hadith berkaitan. Akhir sekali adalah berkaitan etika dan amalan terhadap
                           pemakaian nas dalam kajian saintifik astronomi.

                           Hasil Pembelajaran
                           Pada akhir kursus ini para pelajar dapat:

                            1.   Menghuraikan sumber  primer astronomi Islam iaitu nas-nas bertema astronomi yang
                                terkandung di dalam al-Quran dan al-Sunnah
                            2.   Menjelaskan maklumat astronomi dari perspektif nas iaitu al-Quran dan al-Sunnah

                                                   319
   314   315   316   317   318   319   320   321   322   323   324