Page 97 - Bulletin_APM_Mei_Jun2024
P. 97

PENGAJIAN MELAYU MERENTASI DISIPLIN ILMU

                 PENGAJIAN MELAYU DAN AGENDA PERPADUAN

                            MASYARAKAT PLURALISTIK MALAYSIA
                                              Oleh: Prof. Madya Dr. Sabzali Musa Kahn
                                        Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya



           Pengajian        Melayu        merentasi         disiplin     ilmu     merupakan

           pendekatan yang inovatif dan komprehensif bagi memahami
           dan menghargai bahasa, budaya, dan sejarah. Dengan

           menggabungkan elemen dari pelbagai bidang ilmu lain
           seperti sains sosial, sejarah, linguistik, sastera, seni, agama,
           pendidikan, dan teknologi. Mereka perlu berinteraksi dengan

           berbagai pendekatan dalam ilmu pengetahuan tersebut. Oleh
           itu,   pendekatan           pengajian        Melayu        dalam       masyarakat

           pluralistik seperti di Malaysia. Masyarakat perlu memperluas
           pemahaman mereka tentang budaya dan pandangan dunia
           yang berbeza.



           Dalam konteks ini, pengajian Melayu juga berperanan

           penting dalam memperkukuh jati diri Melayu dalam konteks
           masyarakat yang pluralistik. Pengajian Melayu juga dapat
           menjadi penghubung untuk memupuk persefahaman antara

           masyarakat Melayu dengan kelompok masyarakat lain. Ia
           membantu            mengurangkan              konflik       antara        kelompok

           masyarakat yang berbeza serta memperkukuh perpaduan
           dan keharmonian sosial.



           Secara keseluruhannya, pemahaman terhadap pengajian
           Melayu dalam masyarakat pluralistik menuntut masyarakat

           untuk memperluas pemahaman serta toleransi. Ini membantu
           memperkukuh perpaduan dan keharmonian sosial dalam
           masyarakat yang pelbagai latar belakang di negara kita.




































                                                                                                  97
   92   93   94   95   96   97   98   99   100   101   102