Page 99 - Bulletin_APM_Mei_Jun2024
P. 99

PENGAJIAN MELAYU MERENTASI DISIPLIN ILMU
                     MEMBANGUNKAN SUKAN AEROBIK GIMNASTIK:

                                               KEPAKARAN DAN PERANAN
                                                     Oleh: Dr. Mardian Shah Omar
                                    Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya

          Dr. Mardian Shah Omar ialah pensyarah kanan di Akademi Pengajian Melayu,
          Universiti Malaya. Dr. Mardian Shah memulakan penglibatannya dalam sukan
          aerobik pada tahun 2002. Beliau menghadiri kursus Akademi Olimpik Malaysia
          pada tahun 2003 di Universiti Malaya. Pada tahun 2005, beliau mewakili Malaysia
          bagi mengikuti dan mengambil peperiksaan untuk Kursus Hakim Antarabangsa
          FIG untuk sukan Aerobik Gimnastik (AER) di Manila, dan berjaya lulus dalam
          Kategori 4. Beliau kemudian meningkatkan kelayakan hakimnya pada tahun 2013
          di Bangkok, Thailand, dengan mencapai status Kategori 3. Pensijilan dan
          pengiktirafan lesen antarabangsa ini adalah dari Fédération Internationale de
          Gymnastique      (FIG)   yang    berpangkalan     di  Swistzerland.    Ini  seterusnya
          melayakkan beliau untuk bertugas sebagai hakim antarabangsa.
                  Dr. Mardian Shah telah dipilih dan dihantar oleh Persekutuan Gimnastik
          Malaysia bagi mengikuti kursus Akademi Aerobik Gimnastik (Tahap 1) di
          Eaubonne, Perancis, dan kemudian untuk Tahap 2 di Hanoi, Vietnam, pada tahun
          2019. Semasa kursus di Hanoi, beliau diiktiraf sebagai Pelajar Terbaik dalam
          Kategori Lelaki dan menduduki tempat keempat keseluruhan. Kepakarannya telah
          membawanya menjadi hakim di Sukan SEA di Manila pada tahun 2005 dan di
          Korat, Thailand, pada tahun 2007. Pada bulan November 2011, beliau
          memperoleh diploma dari Program Kem Latihan Bersama Jurulatih Aerobik
          Gimnastik di Busan, Korea.

                  Terkini beliau telah dilantik oleh Persekutuan Gimnastik Malaysia sebagai
          Pengerusi Teknikal Delegate Aerobik Gimastik Malaysia. Ini bermakna beliau
          telah dilantik sebagai pakar rujuk bagi sukan ini di negara ini. Sukan Aerobik
          Gimnastik ini bukan sahaja dipertandingkan di Sukan SEA malah turut
          dipertandingkan di peringkat Asia dan juga di Kejohanan Dunia. Usaha beliau
          dalam membangunkan sukan ini telah diiktiraf apabila UKM menganugerahkan
          beliau dengan Anugerah Khas Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) pada
          tahun 2004 dan Anugerah Jurulatih Sukan Terbaik UKM pada tahun 2005.

                  Kini, beliau telah bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan untuk
          mempromosikan dan membangunkan sukan aerobik di Malaysia. Beliau sering
          dijemput untuk menjadi penceramah bagi menyebarluaskan pengetahuan tentang
          sukan ini kepada masyarakat sama ada dari aspek kejurulatihan mahupun
          pengadilan. Dengan latar belakang dan pencapaiannya yang pelbagai, kini Dr.
          Mardian Shah Omar dikenali sebagai tokoh penting dalam memajukan sukan
          Aerobik Gimnastik di negara ini.































                                                                                                  99
   94   95   96   97   98   99   100   101   102   103   104