Page 100 - Bulletin_APM_Mei_Jun2024
P. 100

PENGAJIAN MELAYU MERENTASI DISIPLIN ILMU
                                PERBINCANGAN PAMERAN SENI

                                  “MELAYU DALAM SENI HALUS”
                                               Oleh: Dr. Fakhrur Razi Maamor
                                 Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya



          26 Jun 2024 - Sebuah pertemuan dan perbincangan berkaitan pameran seni
          “Melayu dalam Seni Halus”        diadakan di Kolej Pengajian Seni Kreatif, Universiti
          Teknologi MARA, Shah Alam. Perbincangan ini melibatkan Dr. Fakhrur Razi
          Maamor, Pensyarah Kanan, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya dengan
          pensyarah-pensyarah dari Jabatan Seni Halus di kolej tersebut. Konsep pameran ini
          merupakan julung kali diadakan di peringkat global yang mana bakal mengumpulkan
          para karyawan seni halus dari pelbagai disiplin dalan seni halus dan kaum bagi
          mengetengahkan idea dan kreativiti yang berkaitan dengan konteks Melayu. Perkara
          ini turut melibatkan bagaimana kaedah dalam seni tradisi Melayu diaplikasikan
          dalam seni halus berdasarkan ilmu yang dimiliki para karyawan seni ini.


          Untuk makluman juga, pameran seni ini adalah selari dengan visi dan misi Akademi
          Pengajian Melayu, Universiti Malaya yang mempunyai matlamat dalam menjadikan
          pengajian Melayu dari pelbagai bidang di persada global. Penglibatan dari variasi
          kategori seniman juga menunjukkan komited bahawa kepelbagaian konteks dalam
          masyarakat Melayu mampu diterjemahkan dalam visual. Ini juga melibatkan
          pendedahan para seniman terhadap kepentingan akan pengetahuan persekitaran
          mereka yang kemudiannya diterjemahkan dalam bentuk visual. Ini turut melibatkan
          pendedahan para seniman terhadap kepentingan akan pengetahuan persekitaran
          mereka yang kemudiannya diterjemahkan dalam bentuk visual.


          Melalui konsep ini mendedahkan bahawa sesuatu isu atau perkara itu boleh
          disampaikan dan dihayati tidak terhad pada percakapan atau penulisan semata-
          mata. Malah, seni halus mampu menjadi wadah kepada sebuah penyampaian.
          Konsep ini mengingatkan penulis kepada sejarah menuntut kemerdekaan di Malaya
          suatu ketika dahulu; yang mana penyampaian mesej atau propaganda dari pihak-
          pihak tertentu hanya melalui karikatur. Ini menunjukkan bahawa jurang komunikasi
          ketika itu adalah bebas dan boleh diinterpretasikan dalam pelbagai kaedah;
          walaupun masih terdapat sekatan dalam penyebaran informasi ketika itu.


          Oleh itu, pameran seni “Melayu dalam Seni Halus” bukan sekadar mempamerkan
          karya-karya seni dari pelbagai disiplin seni halus, malah turut menjadi medan ilmu
          buat para audiens. Jangkaan pameran ini bakal berlangsung pada tahun hadapan
          yang akan mengumpulkan para seniman dari pelbagai pelosok negara serta mereka
          yang pernah menjadi penggerak seni halus tanah air ini.



































                                                                                                 100
   95   96   97   98   99   100   101   102   103   104   105