Page 101 - Bulletin_APM_Mei_Jun2024
P. 101
PENGAJIAN MELAYU MERENTASI DISIPLIN ILMU
KARNIVAL KERJAYA DI AKADEMI PENGAJIAN MELAYU
Oleh: Dr. Nur Amirah binti Che Soh
Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya
Satu karnival kerjaya telah diadakan pada bulan Mei di
Dewan Semarak, Akademi Pengajian Melayu. Karnival ini
dirasmikan oleh Pengarah Pusat Kebolehpasaran dan yang
dihadiri oleh pelajar tahun akhir Akademi Pengajian Melayu.
Pada masa yang sama jemputan penceramah daripada
industri dimanfaatkan sebagai usaha untuk meningkatkan
kemahiran soft skill pelajar apabila bergeraduat kelak.
Penglibatan secara langsung juga dalam Program Terapi
Seni di bawah Pejabat Dekan, Akademi Pengajian Melayu
sebagai usaha khidmat sosial dan kemasyarakatan yang
mampu disalurkan kepada staf perubatan PPUM dan juga
kanak-kanak. Antara aktiviti yang dilakukan adalah aktiviti
mengecat batu bermotifkan tumbuhan, haiwan,
pemandangan ataupuncorak abstrak. Terapi seni dibuat
sebagai satu usaha Akademi Pengajian Melayu
menggunakan bidang pengajian Melayu dalam terapi.
101