Page 12 - Handbook Postgraduate (Master) 2016 2017 BM
P. 12

   Jabatan Asas Pendidikan dan Kemanusiaan

               Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling

               Jabatan Pengurusan, Perancangan dan Dasar Pendidikan

               Jabatan Pendidikan Bahasa dan Literasi

               Jabatan Pendidikan Matematik dan Sains

               Jabatan Kurikulum dan Teknologi Pengajaran

               Di samping menawarkan kursus-kursus peringkat ijazah tinggi, sejak permulaan penubuhannya,  Fakulti Pendidikan
            terlibat dalam beberapa program ijazah dasar. Salah satu daripada program ini ialah program Ijazah Sarjana Muda Sains
            dengan  Pendidikan.  Program  ini  dimulakan  bersama  dengan  Fakulti  Sains  Universiti  Malaya  pada  tahun  1975  bagi
            memenuhi permintaan yang tinggi untuk guru-guru sains dan matematik bagi peringkat sekolah menengah atas. Selain itu,
            program ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam juga telah diperkenalkan pada tahun 1982. Kursus ini ditawarkan dengan
            kerjasama  Akademi  Pengajian  Islam  Universiti  Malaya  bagi  menyediakan  guru-guru  untuk  mengajar  mata  pelajaran
            Pendidikan Islam di sekolah-sekolah menengah.

               Pada  tahun  1980,  Fakulti  Pendidikan  mula  menawarkan  program  ijazah  dasarnya  sendiri,  iaitu  Sarjana  Muda
            Pendidikan Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (PBISBK). Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Fakulti Bahasa
            dan  Linguistik,  dan  Fakulti  Sastera  dan  Sains  Sosial.  Satu  program  ijazah  dasar  dalam  Pendidikan  Awal  Kanak-Kanak
            ditawarkan buat pertama kalinya pada tahun 1998 dan diikuti dengan satu lagi program ijazah dasar yang membawa kepada
            penganugerahan ijazah Sarjana Muda Kaunseling in 1997.  Program Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran Bahasa Tamil)
            ditawarkan  pada  tahun 2000 dan pengambilan kumpulan pelajar terakhir  bagi program  tersebut  ialah pada tahun  2004.
            Pada tahun 2004, Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua) Pendidikan Rendah
            telah ditawarkan.

            Pada masa ini program Sarjana Muda yang ditawarkan di Fakulti Pendidikan adalah seperti berikut:

               1.   Sarjana Muda Pendidikan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua

               2.   Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak
               3.   Sarjana Muda Kaunseling

               Peranan Fakulti Pendidikan tidak terhad kepada pendidikan guru sahaja. Setiap ahli Fakulti mempunyai kepakaran
            tersendiri dalam bidang pendidikan, dan kebanyakan ahli akademik di Fakulti ini berkhidmat sebagai penasihat atau pakar
            runding  kepada  Kementerian  Pendidikan  Malaysia  dan  berbagai-bagai  organisasi.  Setengah-setengah  daripada  mereka
            bertugas rapat dengan agensi-agensi antarabangsa termasuk Bank Dunia, UNESCO, UNICEF, IBRD, RECSAM, dan RELC.
            Semua staf Fakulti ini terlibat secara aktif  dalam penyelidikan, dan sejumlah besar kertas kerja dan artikel telah diterbitkan
            di kedua-dua peringkat, tempatan  dan antarabangsa. Kebanyakan geran  penyelidikan  ditaja oleh Universiti Malaya atau
            agensi dalam dan luar negara.

                      Fakulti  Pendidikan  telah  memulakan  usaha  ke  arah  misinya  untuk  menjadikan  Fakulti  ini  sebagai  satu  pusat
            pendidikan  ijazah  tinggi  dalam  bidang  pendidikan  yang  membawa  kepada  penganugerahan  ijazah  sarjana  dan  doktor
            falsafah. Fakulti berhasrat untuk mengeluarkan pendidik berijazah tinggi bagi memenuhi permintaan sistem pendidikan yang
            dinamik. Dengan kekuatan semasa kakitangan akademik, yang hampir 100 orang, berbanding dengan jumlah staf yang tidak
            seberapa, iaitu hanya lima orang, pada tahun 1963, tidaklah menghairankan bahawa Fakulti mempunyai sekumpulan pakar
            berbakat yang boleh memberikan sumbangan yang lebih besar kepada perkembangan dalam bidang pendidikan.

                      Fakulti  Pendidikan  mempunyai  jumlah  terbesar  pelajar  ijazah  tinggi  untuk  mengikuti  pengajian  ijazah  sarjana  dan
            doktor falsafah di Universiti Malaya. Di antara calon, yang terdiri daripada rakyat Malaysia, terdapat calon ijazah tinggi dari
            luar  negara  seperti  Libya,  Thailand,  Brunei,  Fiji,  Sri  Lanka,  Cook  Island,  Samoa,  China,  Afrika,  dan  lain-lain.  Dengan
            kehadiran  pelajar  dari  luar  negara,  pendedahan  dan  latihan  menjadi  lebih  luas  apabila  setiap  pelajar  dapat  berkongsi
            pandangan dan pengalaman lepas.

            Fakulti Pendidikan menawarkan pelbagai pilihan dalam bidang pengajian untuk ijazah Sarjana Pendidikan.  Di antaranya
            ialah bidang:
                                                                                           12
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17