Page 8 - Handbook Postgraduate (Master) 2016 2017 BM
P. 8

KATA ALUAN DEKAN














            Dengan rasa bangga dan besar hati saya mengalu-alukan kedatangan semua pelajar baru bagi sesi 2016/2017 dan terima
            kasih kerana memilih Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya sebagai pilihan utama untuk melanjutkan pelajaran. Fakulti yang
            terulung ini bukan sahaja telah mencipta nama di peringkat nasional bahkan juga di peringkat global.

            Seiring dengan pencapaian Universiti Malaya yang melonjak di kedudukan yang lebih baik di peringkat antarabangsa tahun
            demi tahun, Fakulti Pendidikan juga telah berjaya meningkatkan tarafnya dengan tersenarai sebagai salah satu daripada
            100 Fakulti Pendidikan terbaik di dunia. Pencapaian ini tidak tiba dalam sekelip mata tetapi adalah berasaskan daya usaha
            dan keprihatinan selama bertahun-tahun daripada setiap ahli fakulti serta para pelajar. Dengan usia lebih 50 tahun, Fakulti
            Pendidikan terus unggul dengan kejayaan menghasilkan kira-kira 20,000 graduan cemerlang.

            Program  ijazah  yang  ditawarkan  oleh  fakulti  tidak  hanya  menyediakan  pelajar  dengan  ilmu  intelektual  dan  kemahiran
            semata-mata tetapi turut menghubungkan teori dan amalan bagi mempersiapkan pelajar untuk menempuh alam pekerjaan.
            Sehingga kini, graduan kami tidak hanya menyerlah dalam industri tempatan malah turut menyinar di persada antarabangsa.

            Dalam  kami  berbangga  dengan  kejayaan  ini,  Fakulti  Pendidikan  sentiasa  peka  terhadap  cabaran-cabaran  baru  yang
            dihadapi  oleh  negara.  Justeru,  Fakulti  Pendidikan  telah  mengambil  langkah-langkah  sewajarnya  dalam  menghasilkan
            graduan  yang  berupaya  menjadi  pemikir  dan  menyumbang  kepada  idea-idea  baru  seterusnya  mampu  menjalankan
            penyelidikan bermutu setaraf dengan universiti terkemuka dunia atau mungkin lebih baik daripada mereka.

            Untuk memastikan kecemerlangan  yang mapan, misi dan visi fakulti harus tersinkroni dalam setiap sudut dan didukung
            dengan strategi yang jitu ke arah hala tuju yang hendak dicapai. Perancangan disusun dengan teliti untuk generasi akan
            datang dalam menghasilkan buah kejayaan dari benih yang ditanam.


            Salam hormat dan selamat maju jaya.


                                          ‘CEMERLANG BERSAMA UM’




            PROFESOR MADYA DR. MARIANI MD. NOR
            DEKAN
            FAKULTI PENDIDIKAN
            UNIVERSITI MALAYA








                                                                                            8
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13