Page 10 - Handbook Postgraduate (Master) 2016 2017 BM
P. 10

MAKLUMAT AM

                                               UNIVERSITI MALAYA

            Universiti Malaya (UM) merupakan universiti pertama yang ditubuhkan di Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) pada 8
            Oktober  1949  dari  gabungan  King  Edward  VII  College  of  Medicine  (1905)  dan  Raffles  College  (1928).
                   Penubuhannya  menjadi  pemacu  kepada  kemajuan  pendidikan  di  Tanah  Melayu  pada  ketika  itu  sehingga
            tertubuhnya  dua  cawangan  autonomi  yang  terletak  di  Singapura  dan  Kuala  Lumpur  pada  tahun  1956.  Dalam  usaha
            memperkukuhkan  pendidikan  tinggi  di  kedua-dua  negeri,  status  universiti  cawangan  perlu  dinaik  taraf  kepada  universiti
            kebangsaan. Oleh itu, Akta Parlimen 1961 telah diluluskan dan secara rasminya Universiti Malaya di Kuala Lumpur telah
            diiktiraf serta mengangkat martabat kepada universiti kebangsaan pada 1 Janujari 1962. Sejak itu, Malaysia (Gabungan
            dengan Singapura, Sabah dan Sarawak pada 1963) melalui pelbagai proses transformasi dalam dunia pendidikan. Selaras
            dengan ini Universiti Malaya terus melipat gandakan usahanya untuk menjadi sebuah institusi pengajian tinggi yang ternama
            di peringkat antarabangsa dalam penyelidikan, inovasi, penerbitan dan pengajaran.
                   Bagi menjayakan wawasan murni ini, Universiti Malaya disokong oleh hospital penyelidikan terbesar dan pertama
            di Malaysia iaitu Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), dua akademi, dua belas fakulti, empat institut dan tiga pusat
            akademik  yang  bersifat  menyeluruh  merangkumi  bidang  perubatan,  sains,  teknologi  serta  sains  sosial  dan  sains
            kemasyarakatan.  Selain  daripada  itu,  dalam  usaha  menyumbang  kepada  perkembangan  ilmu,  Universiti  Malaya  telah
            mewujudkan enam Kluster Penyelidikan. Penubuhan kluster ini menawarkan penyelesaian dan penemuan terbaharu dalam
            pelbagai bidang. Penekanan terhadap bidang penyelidikan diperkukuhkan dengan tertubuhnya pusat-pusat kecemerlangan
            di pelbagai pusat pengajian. Pada 11 Oktober 2006, Universiti Malaya telah diiktiraf oleh Jemaah Menteri sebagai salah satu
            dari lima universiti awam sebagai universiti penyelidikan. Pada 26 Januari 2012 pula, Universiti Malaya telah diberikan status
            autonomi  oleh  Kementerian  Pengajian  Tinggi  (kini  dikenali  Kementerian  Pendidikan  Tinggi).  Di  atas  kejayaan  Universiti
            Malaya dalam pengurusan penyelidikan, proses audit Malaysian Research Assessment Instrument II (MyRA II), Kementerian
            Pendidikan Tinggi ke atas Universiti Penyelidikan telah meletakkan Universiti Malaya sebagai „the Best Research University
            in Malaysia with the Highest Marks‟ pada 1 Disember 2013.
                   Dengan  menjadikan  aspirasi  nasional  sebagai  pegangan,  Universiti  Malaya  terus  memperkukuhkan
            kedudukannya dalam dunia akademik di peringkat nasional mahupun antarabangsa. UM berada pada kedudukan ke-146 di
            dunia bagi QS World University Ranking 2015/2016 dan di tangga ke-27 bagi QS Asian University Rankings 2016. UM juga
            merupakan  satu-satunya  universiti  di  Malaysia  yang  tersenarai  dalam  kalangan  400  universiti  terbaik  dunia  (Academic
            Ranking  of  World  Universities)  oleh  Shanghai  Jiao  Tong,  China.  Pencapaian  ini  menobatkan  Universiti  Malaya  sebagai
            universiti terbaik di Malaysia. Pada 6 Mei 2014, Universiti Malaya menerima pengiktirafan di peringkat antarabangsa sebagai
            satu-satunya institusi pengajian tinggi di Malaysia yang mendapat penarafan 5 bintang oleh QS Stars Ratings. Universiti
            Malaya juga telah diiktiraf sebagai Universiti Pilihan oleh Reader’s Digest Trusted Brand selama 7 tahun berturut-turut sejak
            tahun 2007 hingga 2013. Dengan rekod tersebut, UM telah dianugerahkan Anugerah Platinum dalam Kategori Universiti
            Awam pada 27 Mei 2014. Pengajaran, penyelidikan, penerbitan, inovasi dan komersialisasi menjadi tunjang usaha Universiti
            Malaya menyumbang kepada dunia akademik dan masyarakat.
                   Seiring  dengan  universiti-universiti  antarabangsa,  Universiti  Malaya  menjalinkan  usahasama  dengan  institut
            penyelidikan  dan  universiti  terkemuka  dari  71  buah  negara.  Di  antara  universiti  terkemuka  dunia  yang  menjalinkan
            kerjasama secara aktif dengan Universiti Malaya adalah:

                 University of Cambridge                  Beijing Foreign Studies University
                 Harvard University                       Tsinghua University
                 Kyoto University                         National University of Singapore
                 University of Sydney                     National Taiwan University
                 Queen Mary, University of London         Yale University
                 Queen‟s University, Belfast              University of Hyderabad
                   University  of  Malaya  High  Impact  Research  (UM  HIR)  telah  ditubuhkan  pada  Februari  2010  dan  telah
            diperuntukkan sejumlah RM10 juta dana dalaman UM bagi menggalakkan penyelidikan fundamental yang mensasarkan
            penerbitan  Tier  1  ISI/WoS.  Menyedari  kepentingan  UM  sebagai  institusi  penyelidikan  terkemuka  negara,  Kementerian
            Pengajian Tinggi (KPT) telah meluluskan peruntukan berjumlah RM590 juta untuk Program UM-MoHE HIR bagi tempoh 5
            tahun bermula Ogos 2011 sehingga Jun 2016.
                   Sehingga kini, UM telah melantik empat Felo Nobel dan dua Profesor Ulung sebagai ahli Majlis Penasihat HIR.
            Mereka terdiri daripada Felo Nobel Profesor Barry Marshall (Psikologi atau Perubatan), Felo Nobel Profesor Ryoji Noyori
            (Kimia), Felo Nobel Profesor David Baltimore (Psikologi atau Perubatan), Felo Nobel Sir Dr. Richard Roberts (Psikologi atau
            Perubatan),  Profesor  Ulung  Rita  Colwell  (University  of  Maryland,  USA)  dan  Profesor  Ulung  Wong  Chi-Huey  (Academia
            Sinica, Taiwan).
                                                                                           10
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15