Page 11 - Handbook Postgraduate (Master) 2016 2017 BM
P. 11

Bagi memastikan kurikulum yang disediakan menepati kehendak serta keperluan nasional dan antarabangsa,
            Universiti  Malaya  telah  berjaya  memperolehi  akreditasi  daripada  pelbagai  institusi  dan  badan  profesional  antarabangsa.
            Antaranya  Washington  Accord,  Institution  of  Chemical  Engineers  UK,  Royal  Institution  of  Chartered  Surveyors  (RICS),
            Association  of  Building  Engineers,  Royal  Institute  of  British  Architects  (RIBA),  The  Association  of  Chartered  Certified
            Accountants, The Chartered Institute of Management Accountants, Institute of Chartered Accountants England and Wales,
            Certified Practicing Accountants of Australia, SMBG-Eduniversal France, Royal College of Surgeons of England UK, Institute
            of  Physics  &  Engineering  in  Medicine  UK,  Association  of  MBA,  UK  dan  banyak  lagi.  Ini  menunjukkan  program  yang
            ditawarkan di Universiti Malaya bukan sahaja relevan tetapi juga diiktiraf di peringkat antarabangsa.

                   Sebagai universiti ulung di negara ini, Universiti Malaya berikrar untuk menerajui bidang penyelidikan dan inovasi
            dan mencapai kedudukan di antara 50 universiti terbaik dunia menjelang 2020.

                                              FAKULTI PENDIIDKAN

               Universiti  Malaya  adalah  universiti  tempatan  pertama,  ditubuhkan  pada  tahun  1905,  untuk  memenuhi  keperluan
            pendidikan  tinggi  negara.  Fakulti  Pendidikan  ditubuhkan  pada  1963,  dan  pada  awalnya  dinamakan  Sekolah  Pendidikan
            Universiti Malaya. Sekolah Pendidikan Universiti Malaya dibentuk untuk menawarkan Diploma Pendidikan, satu program
            pasca ijazah, bagi siswazah yang memilih profesion perguruan. Sekolah Pendidikan berkembang dengan amat pesat dan
            dinaikkan  taraf  kepada status  fakulti pada  bulan Julai 1965.  Program  Sarjana Pendidikan telah  ditawarkan  untuk  julung
            kalinya selepas dua tahun kemudian, diikuti dengan penawaran program Doktor Falsafah pada tahun 1969.

               Sejak  penubuhannya,  Fakulti Pendidikan  Universiti  Malaya  telah  berjaya melahirkan  hampir 20,000  siswazah,  iaitu
            lebih daripada 15,000 pemegang Diploma Pendidikan, lebih daripada 2,282 graduan Sarjana, dan kira-kira 3,500 dengan
            ijazah dasar pendidikan.

                                       Nilai-Nilai Teras Universiti Malaya adalah:

                             Integriti                              Profesionalisme
                             Hormat                                  Meritokrasi
                        Kebebasan Akademik                     Semangat Kerja Berpasukan
                         Berfikiran Terbuka                           Kreativiti
                       Kebertanggungjawaban                       Tanggungjawab Sosia


            Untuk mencapai wawasan ini, Fakulti telah mengenal pasti objektif yang berikut.

               Untuk menghasilkan guru yang cekap bagi sekolah dan institusi pendidikan lain.

               Untuk menghasilkan pakar dalam semua bidang pendidikan dan pembangunan manusia.

               Menjadi pusat pengajian pasca ijazah dan pembangunan manusia.

               Menjadi  pusat  inovasi,  penyelidikan  asas  dan  aplikasinya  dalam  semua  bidang  pendidikan  dan  pembangunan
               manusia.

               Menjadi pusat latihan dan perundingan dalam bidang pendidikan dan pembelajaran untuk  organisasi dan institusi.

               Fakulti Pendidikan menerima pakai peranan proaktif dalam usaha memenuhi era perubahan yang berterusan dalam
            bidang  pendidikan.  Ini  termasuk  penyemakan  dan  penelitian  semula  program  dan  kursus,  penyemakan  kurikulum  dan
            instruksi untuk memasukkan, jika perlu, perubahan-perubahan yang berlaku dalam bidang pendidikan.

               Pada tahun 1970, pada dasarnya, struktur Fakulti Pendidikan adalah terdiri daripada lima bahagian yang berbeza.
            Bagaimanapun, oleh sebab perkembangan baru dan anjakan paradigma dalam sistem pendidikan, Fakulti Pendidikan telah
            melalui satu siri penstrukturan dan pembentukan semula organisasinya bagi membolehkan Fakulti ini memenuhi hasrat visi
            dan objektifnya. Pembentukan struktur organisasi terbaru Fakulti Pendidikan telah dilaksanakan pada tahun 2001 apabila
            jabatan-jabatan yang berikut ditubuhkan.


                                                                                           11
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16