Page 110 - Microsoft Word - BUKU PANDUAN PhD 2016.doc
P. 110

RINGKASAN KURSUS
                                               COURSE DESCRIPTION


                   PXHD 7101   PENYELIDIKAN KUANTITATIF DALAM PENDIDIKAN                         3 KREDIT
                               QUANTITATIVE RESEARCH IN EDUCATION                                  CREDITS

                Sinopsis/Synopsis

                Pelajar akan mempelajari perkara-perkara penting dalam menggubal penyelidikan kuantitatif bagi membolehkan calon menyediakan
                suatu cadangan penyelidikan yang mantap. Tajuk yang akan dibincangkan dalam kursus ini termasuk pemilihan dan definisi sesuatu
                masalah, menyediakan  dan menilai sesuatu  rancangan  penyelidikan; pemilihan sampel  dan alat pengukuran  yang bersesuaian,
                penerangan reka bentuk penyelidikan kuantitatif serta pertimbangan etika dan perundangan dalam menjalankan kajian. Kursus ini
                akan meninjau reka  bentuk penyelidikan kuantitatif yang spesifik seperti kaedah tinajuan, kaedah kausal-komparatif, kaedah
                eksperimental, kaedah korelasi; dan seterusnya.

                In this course,  candidates will be  exposed to advanced  quantitative methods in educational research so they can  demonstrate
                practical understanding of those techniques. The course will explore several methods and techniques in quantitative research such as
                sampling, data  gathering  techniques, design  procedures, measurement and instrumentation, as well as  ethical and legal
                considerations in conducting quantitative research. The course will also deal in-depth with research issues on validity and reliability,
                the survey method, experimental method, causal-comparative, correlational  survey, and so forth.

                Kaedah Penilaian     : Penilaian berterusan: 70%, peperiksaan 30%
                Assesment Method     : Continuous assessment assignments 70%, exam 30%

                Bahasa Pengantar     : Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
                Medium of Instruction   : Malay and English

                Rujukan Utama/Main References:

                Cresswell, J. W. (2002). Research design: Qualitative, quantitative and mixed methods approaches.
                       London: Sage.
                Kaplan, D. (Ed.). (2004). The Sage handbook of quantitative methodology for the social sciences.
                       London: Sage.
                Kerlinger, F. N. (2000). Foundations of behavioral research. New York: Holt, Rinehart & Winston.
                Lewis-Beck, M. S., Bryman, A., & Liao, T. F. (2004). The Sage encyclopedia of social science research methods. London: Sage.

                  PXHD 7102   PENYELIDIKAN KUALITATIF DALAM PENDIDIKAN                          3 KREDIT
                             QUALITATIVE RESEARCH IN EDUCATION                                     CREDITS

                Sinopsis/Synopsis

                Kursus  ini  memperkenalkan kepada  pelajar beberapa prinsip kaedah penyelidikan  kualitatif.  Ia akan meniliti  secara  mendalam
                beberapa isu berhubungkait dengan perbezaan antara pelbagai rekabentuk yang terdapat dalam kajian kualitatif seperti kajian kes,
                etnografi, fenomenologi dan lain-lain. Pelajar berpeluang untuk merangka pernyataan masalah, objektif dan soalan kajian, pemilihan
                sampel dan  mengenalpasti pelbagai cara  yang digunakan dalam  pungutan data  kualitatif seperti temubual, pemerhatian, analisis
                dokumen. Pelajar juga  akan  didedahkan  dengan  pelbagai  isu yang  berkaitan dengan kajian  kualitatif seperti etika  penyelidikan,
                kesahan dan kebolehpercayaan.  Bagi  membolehkan pelajar  mendapat kemahiran  secara  praktikal, mereka dikehendaki
                menghasilkan satu cadangan penyelidikan yang menggunakan rekabentuk kajian kualitatif.

                This course introduces students to the principles of qualitative research methods. It examines in depth issues relating to differences
                between various the qualitative research methods such as case study, ethnography, phenomenology etc.  in terms of philosophical
                foundations, theoretical framework and data collection. Specific focus will be given on the training in question development, selection
                of sampling strategy, determination of data collection techniques such as interviewing, making observation, and document analysis,
                etc. Students will also be exposed to issues related to qualitative research methodology such as ethical issues, validity and reliability.
                Scholarly presentation and writing of qualitative research proposal will also be reviewed.
                                                                                                         109
   105   106   107   108   109   110   111   112   113   114   115