Page 113 - Microsoft Word - BUKU PANDUAN PhD 2016.doc
P. 113

Rujukan Utama/Main References:

                Burns, J.M. (1978).  Leadership.  New York: Harper and Row.
                Grint, Keith. (2000). Leadership: Classical, Contemporary, and Critical Approaches.  Oxford Management Readers. Oxford: Oxford
                       University  Press.
                Sergiovanni, T. (1992).  Moral leadership:  Getting to the heart of school improvement.  San Francisco: Jossey-Bass.
                Sergiovanni, T. (1999). Rethinking leadership.  Illinois: Merrill Prentice Hall.

                  PDHD 7102   PERANCANGAN DAN DASAR PENDIDIKAN                                  3 KREDIT
                              EDUCATIONAL PLANNING & POLICY                                          CREDITS

                Sinopsis/Synopsis

                Kursus ini membincangkan perancangan pembangunan makro dan mikro dalam sistem pendidikan di beberapa negara, khasnya di
                Malaysia.  Rancangan-rancangan pembangunan dikaitkan dengan dasar-dasar pembangunan negara serta logistik dan mekanisme
                untuk menjayakan rancangan-dasar. Konsep dualiti, kitaran kembar, teori, dan falsafah perancangan dan dasar dikupas berdasarkan
                realiti bidang perancangan  dan  dasar.  Isu-isu  penting seperti  aksesibiliti, ekuiti, kualiti, literasi, prestasi,  kos-faedah, kos-
                keberkesanan, dan keseimbangan turut menjadi fokus perbincangan kursus. Isu-isu akan dikupas secara komparatif dengan negara-
                negara maju dan negara-negara sedang membangun. Beberapa kaedah statistik digunakan    untuk membuat analisis.  Kaedah
                kajian kes digunakan untuk meneliti sesuatu teori atau sesuatu isu di sekolah atau universiti.

                The discussion in this course focuses on development planning at the macro and micro levels of the education system of several
                countries. The development plans are considered in relation to national development policies of the countries involved, including
                Malaysia.  Discussion also incorporates the logistics and mechanics of  planning and  policy formulation,  implementation, and
                evaluation.  Brainstorming sessions deal with the duality of policy-planning, double cycle, development issues, relevant development
                theories, and policy paradigms based on the many issues and realities in the area of planning and policy.  Important issues are
                accessibility, equity, quality,  literacy, performance, cost-benefit,  cost-effectiveness, and equilibrium. These issues are  viewed
                comparatively between the advanced and developing countries. Several statistical methods are used for making various analyses. In
                addition, several case reports are used for examining certain theories or identifying developmental issues in schools or universities.

                Kaedah Penilaian     : Penilaian berterusan:70%, Peperiksaan 30%
                Assesment Method     : Continuous assessment assignments 70%, exam 30%

                Bahasa Pengantar     : Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
                Medium of Instruction   : Malay and English

                Rujukan Utama/Main References:

                Malaysia (2004). Laporan Ekonomi Tahun 2003. Kuala Lumpur: Percetakan Negara.
                OECD. (1999). Education Policy Analysis 1999. Paris: OECD
                Stein, T.J. (2001).  Social Policy and Policy Making. New York: Columbia University Press.
                Sufean Hussin (2002). Dasar Pembangunan Pendidikan Malaysia.  Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.


                  PDHD 7301    PENGAJIAN KOMPARATIF DALAM PENGURUSAN PENDIDIKAN                  3 KREDIT
                               COMPARATIVE STUDIES IN EDUCATIONAL MANAGEMENT                    CREDITS

                Sinopsis/Synopsis

                Kursus ini bertujuan untuk meneliti dan menganalisis secara kritis bidang pengurusan pendidikan komparatif dalam era globalisasi.
                Sebahagian besar daripada kursus ini akan tertumpu pada penelitian dan penganalisisan pelbagai kaedah ataupun mod pengurusan
                pendidikan yang dilaksanakan di pelbagai sistem ataupun negara.  Faktor-faktor sejarah, budaya, politik, sosial, dan ekonomi yang
                mempengaruhi amalan pelbagai jenis sistem pengurusan pendidikan juga akan dikaji.  Akhir sekali, isu-isu yang membawa impak
                kepada sistem  pengurusan  pendidikan  global seperti multikulturalisme,  nasionalisme, pengantarabangsaan  pendidikan, impak
                globalisasi atas pengurusan dibincangkan. Dalam membuat kajian komparatif, para pelajar akan merancang dan menyediakan satu
                sistem pengurusan yang ‘kompetitif’ dan saling melengkapi (‘complementar’)   yang sesuai dari Negara
                                                                                                         112
   108   109   110   111   112   113   114   115   116   117   118