Page 272 - Handbook Undergraduate 2016 2017
P. 272

UNIT - UNIT KEMUDAHAN
                                                 FACILITIES

               MAKMAL KOMPUTER / COMPUTER LABS

               (a)  Makmal Komputer 1 dan 2 / Computer Labs 1 & 2

                   Kemudahan  makmal  komputer  yang  terletak  di  Aras  2,  Blok  Menara,  Fakulti  Pendidikan  ini  menyediakan
                   kemudahan  pengajaran  serta  pembelajaran  bagi  pelajar-pelajar  fakulti.  Kemudahan  makmal  yang  lengkap
                   dengan perisian terkini antaranya perisian SPSS, AMOS, NVIVO, MATLAB dan sebagainya bukan hanya boleh
                   digunakan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran, bahkan digunakan bagi tujuan penganjuran seminar dan
                   bengkel.

                   The Computer laboratories located at Level 2, Tower Block, Faculty of Education provide teaching and learning facilities for
                   students. The labs equipped with the latest software such as SPSS, AMOS, NVivo, MATLAB, etc. are utilized not only for the
                   purpose of teaching and learning; but also for the purpose of organizing seminars and workshops.

               (b)  Makmal Komputer 3 / Computer Lab 3

                   Dengan kemudahan perisian SPSS dan AMOS, makmal komputer yang terletak di Tingkat 1, Blok A ini mampu
                   menampung  seramai  30  orang  pelajar  pada  satu-satu  masa  penggunaan.  Dengan  kemudahan  internet  yang
                   berkelajuan tinggi serta makmal komputer yang lengkap, proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan
                   dengan lancar.

                   Computer  Lab  3,  which  is  located  on  the  1   Floor,  A  Block  is  equipped  with  SPSS  and  AMOS  software  are  able  to
                                               st
                   accommodate 30 students at a time. With high-speed internet access and a fully equipped computer laboratories, teaching and
                   learning process can be carried out smoothly.

                     (c)  Makmal Komputer 4 / Computer Lab 4

                   Makmal Komputer 4 terletak di Tingkat 2, Blok C ini dilengkapi dengan kemudahan    projektor  dan  16  unit
                   Komputer untuk tujuan proses pengajaran dan pembelajaran.    Perisian  asas  seperti  Misrosoft  Office  dan
                   SPSS boleh didapati di makmal ini. Bagi   memudahkan  proses  perbincangan  antara  pensyarah  dan  pelajar,
                   sebuah meja bulat   juga disediakan di  makmal ini.

                   Computer Lab 4 is located at 2  Floor, C Block and equipped with a projector and 16 computers for the purpose of teaching and
                                     nd
                   learning process. Basic software such as Microsoft Office and SPSS can be found in   this  laboratory.  For  the  purpose  of
                   discussion between lecturers and students, a round table is also available  at this lab.

               MAKMAL MATEMATIK / MATHEMATICS LAB

                     Makmal Matematik, Fakulti Pendidikan, di Tingkat 2, Blok B ini dilengkapi dengan kemudahan projektor dan 10 unit
               komputer  yang  terkini  untuk  tujuan  proses  pengajaran  dan  pembelajaran.  Ianya  menyediakan  kemudahan  perisian
               komputer seperti SPSS, SAS, AMOS, G Power, Geogebra, Geometer Sketchpad, Tinkerplots, Scratch dan R studio
               untuk kegunaan pelajar dalam bidang Pendidikan Matematik.

                    The Mathematics Laboratory, Faculty of Education located at 2  Floor, Block B is equipped with 10 computers and a projector to date
                                                    nd
               for the purpose of teaching and learning. It provides computer software such as SPSS, SAS, AMOS, G Power, GeoGebra, Geometer
               Sketchpad, Tinkerplots, Scratch and R studio for student use in the field of Mathematics Education.

               MAKMAL KAUNSELING / COUNSELING LAB

               Makmal Kaunseling Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya yang terletak di Tingkat 3, Menara Pendidikan menyediakan
               prasarana yang teraputik dan sesuai untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran bagi Program Kaunseling. Ia terdiri
               daripada  5  Bilik  Kaunseling  Individu,  2  Bilik  Kaunseling  Kelompok  dan  1  Bilik  Sumber.  Makmal  Kaunseling  ini
               dilengkapi  dengan  kemudahan  rakaman  dengan  sistem  yang  terkini  bagi  memudahkan  proses  pengajaran  dan
               pembelajaran. Penyediaan makmal kaunseling yang lengkap dan teraputik ini selaras dengan keperluan penawaran
               program Kaunseling yang berkualiti dan diiktiraf oleh Lembaga Kaunselor Malaysia.



                                                                                        211
   267   268   269   270   271   272   273   274   275   276   277