Page 238 - FASS Undergraduate Prospectus 2023-2024
P. 238
AII2028
Bahasa Cina I
Chinese Language I
Kursus ini memberi fokus kepada kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa Cina yang asas diutamakan
pada peringkat permulaan ini. Sebutan Hanyu Pinyin dan perbendaharaan kata asas bahasa Cina akan diajar. Kursus ini juga
memberi latihan kepada pelajar untuk menggunakan bahasa Cina dalam interaksi dan komunikasi sosial. Tulisan Cina dan budaya
Cina juga diperkenalkan.
The course focuses on listening, speaking, reading and writing skills in Chinese language at the basic level. Hanyu Pinyin pronunciation
and basic Chinese vocabulary will be introduced. The course also enables students to develop a satisfactory level of oral fluency and
confidence in the use of Chinese as a functional tool of social interaction and communication. Chinese characters and some elements
of the Chinese culture will also be introduced in this course.
AII2029
Bahasa Cina II
Chinese Language II
Kursus ini memberi fokus kepada kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa Cina yang asas pada
peringkat awal ini. Sebutan Hanyu Pinyin dan perbendaharaan kata asas bahasa Cina akan diperkukuhkan. Kursus ini juga
memberi latihan kepada pelajar untuk menggunakan bahasa Cina dalam interaksi dan komunikasi sosial. Tulisan Cina dan budaya
Cina juga terus diperkenalkan.
The course focuses on listening, speaking, reading and writing skills at the elementary level. Hanyu Pinyin pronunciation and basic
Chinese vocabulary will be reinforced. The course also enables students to develop a satisfactory level of oral fluency and confidence
in the use of Chinese as a functional tool of social interaction and communication. Chinese characters and some elements of Chinese
culture will continue to be introduced.
AII3019
Drama China Klasik
Classical Chinese Drama
Kursus ini memperkenalkan drama Cina klasik zaman Yuan, Ming dan Qing. Fokus kursus adalah membuat analisis secara kritis dan
apresiasi terhadap teks-teks asal drama klasik oleh penulis drama seperti Guan Hanqing, Wang Shifu, Ma Zhiyuan, Bai Pu, Gao
Ming, Tang Xianzu dan sebagainya. Perbincangan berhubungan dengan aspek plot serta teknik dan nilai estetik turut dijalankan.
This course introduces classical Chinese drama from the Yuan, Ming and Qing period. Emphasis is given to analysis and critiques as
well as appreciation on original texts of classical drama produced by playwrights such as Guan Hanqing, Wang Shifu, Ma Zhiyuan, Bai
Pu, Gao Ming, Tang Xianzu etc. Discussions pertaining to plot, stage techniques and aesthetic qualities will be carried out.