Page 39 - FASS Undergraduate Prospectus 2023-2024
P. 39
Sinopsis Kursus Elektif / Elective Courses Synopsis
AIA2038
Psikologi Personaliti
Personality Psychology
Subjek ini merangkumi pelbagai teori personaliti termasuk penjelasan teori dan saintifik untuk karekteristik, pemikiran, emosi dan
tingkahlaku individu. Selain itu, subjek ini juga mengupas isu personaliti dalam konteks yang diaplikasikan, seperti pemilihan
kerjaya, hubungan peribadi, dan kesihatan fizikal.
This subject covers a variety of personality theories including the theoretical and scientific explanations for individuals’ characteristic
patterns of perception, thought, emotion and behaviour. In addition, this subject also explores personality in applied contexts, such
as choosing a career, developing personal relationships, and physical health.
AIA2039
Makanan dan Budaya
Food and Culture
Kursus ini bertujuan memberi pendedahan tentang budaya makanan masyarakat dan perkembangan teknologi makanan semasa.
Selain itu, etika, ritual dan kesihatan mengikut budaya makanan masyarakat turut dibincangkan.
This course aims to expose the food culture of society and the development of current food technology. Besides that, ethics, rituals
and health according to the food culture of society are also discussed.
AIA2040
Psikologi Keluarga
Family Psychology
Kursus ini akan mengetengahkan isu- isu yang berkaitan dengan kepentingan keluarga dalam sistem sosial. Kursus ini juga
mendedahkan pelajar kepada teori dan pendekatan utama dalam keluarga. Ia membincangkan tentang perubahan keluarga
dari sistem tradisional kepada sistem nuklear. Isu-isu seperti konflik dan krisis dalam keluarga, isu penceraian dan kesihatan
dibincangkan dengan teliti. Cabaran dan masa depan institusi perkahwinan dan keluarga juga akan diketengahkan dalam
kursus ini.
This course highlights issues relating to the importance of family in the social system. This course also exposes students to the
main theories and approaches in the family. It discusses the change in the family structure, from traditional to nuclear family.
Issues such as conflicts and crises in family, divorce, and health are discussed in detail. The challenge and future of the institution
of marriage are also highlighted in this course.