Page 267 - VC Message
P. 267
Home of the Bright. Land of the Brave
Di Sini Bermulanya Pintar, Tanah Tumpahnya Berani
Welcome to the big family of UM - where knowledge shapes the future, and where the
future begins with you.
………………
Saya berpeluang meninjau dan bertemu dengan kumpulan pelajar pascasiswazah
baharu Universiti Malaya - barisan cendekiawan muda yang penuh semangat,
bersedia memulakan perjalanan baharu dalam pengajian Sarjana dan Doktor Falsafah
(PhD). Sepanjang lawatan, saya kagum melihat kesungguhan, semangat dan iltizam
setiap pelajar yang hadir dalam memulakan langkah baharu mereka di universiti tertua
dan terbaik negara ini.
Disebabkan kekangan jadual, saya hanya berkesempatan melawat empat fakulti
untuk menyambut para pelajar baharu. Sebelum ini, saya telah merakamkan ucapan
alu-aluan kepada semua pelajar pascasiswazah baharu di fakulti-fakulti lain. Saya
memohon maaf kerana tidak dapat menziarahi semua fakulti secara fizikal, namun
semangat inovasi, iltizam untuk meneroka penemuan baharu serta semangat
kecemerlangan tetap kekal tinggi seperti sediakala.
Anda semua bukan sekadar pelajar baharu. Anda adalah pemikir dan pemimpin masa
hadapan, yang akan membentuk arah tuju negara dan dunia. Dalam dunia yang kian
kompleks dan penuh cabaran - daripada krisis iklim, ketidaktentuan geopolitik, hingga
cabaran kesihatan global, peranan anda amat penting dan kritikal dalam mencipta
penyelesaian yang lestari dan berimpak tinggi.
Di Universiti Malaya, kami percaya bahawa pengajian pascasiswazah bukan sekadar
pencapaian akademik, tetapi satu tanggungjawab terhadap kemanusiaan. Universiti
ini menjadi medan untuk meneroka ilmu baharu, menjana penyelidikan berimpak, dan
memacu perubahan global. 259

