Page 265 - VC Message
P. 265
Home of the Bright. Land of the Brave
Di Sini Bermulanya Pintar, Tanah Tumpahnya Berani
bersama dalam bidang keselamatan siber, keselamatan maritim, teknologi pertahanan
berimpak tinggi, serta strategi keselamatan nasional.
Universiti Malaya amat berbangga dengan peranan Pasukan Latihan Pegawai
Simpanan (PALAPES) yang berjaya melahirkan graduan berdisiplin, berpandangan
jauh dan berjiwa patriotik. UM akan terus mempertingkat penyertaan pelajar - termasuk
langkah ke arah penubuhan PALAPES Udara, di samping menambah baik kemudahan
latihan di kampus bagi menyokong latihan berskala besar yang membentuk daya
tahan fizikal dan kekuatan moral pelajar.
Selain itu, Universiti Malaya turut memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh
dan memperluas penyertaan pelajar dalam program PALAPES melalui peningkatan
jumlah pegawai kadet dan perluasan unit latihan di kampus. Langkah ini bukan sahaja
memastikan kapasiti latihan seiring dengan pertambahan bilangan pelajar, tetapi juga
memperkukuh peranan UM sebagai pusat pembangunan modal insan pertahanan
yang berdaya tahan dan berdisiplin tinggi.
Penyertaan yang lebih meluas ini akan membolehkan negara membina barisan
pegawai simpanan yang lebih besar, terlatih dan bersedia untuk berkhidmat dalam
mempertahankan kedaulatan negara apabila diperlukan. Ia juga menjadi asas penting
dalam membentuk Angkatan Masa Hadapan yang berdaya saing dan berpengetahuan
tinggi, selaras dengan aspirasi Kementerian Pertahanan untuk menghubungkan
institusi pengajian tinggi dengan agenda keselamatan negara.
UM turut meneroka penubuhan tambahan unit PALAPES di universiti bagi menampung
penyertaan pelajar yang semakin meningkat, di samping membincangkan strategi
bagi memastikan lebih ramai graduan PALAPES UM terus berkhidmat sebagai
pegawai simpanan atau anggota tentera selepas tamat pengajian. Langkah ini akan
mengukuhkan kesinambungan semangat patriotik dan khidmat kepada negara dalam 257
kalangan warga UM.
UM akan menggembleng seluruh kekuatan, kepakaran dan aset intelektualnya untuk
membantu memperkasa keperluan dan keselamatan negara, sejajar dengan komitmen
kami untuk terus berkhidmat kepada Malaysia, bukan sahaja melalui pendidikan dan
inovasi, tetapi juga dengan nilai patriotisme, perpaduan dan semangat khidmat untuk
negara.
Saya amat menghargai kesudian YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin menerima
kunjungan ini serta sokongan berterusan pihak kementerian terhadap usaha bersama
dalam memajukan agenda keselamatan dan kesejahteraan negara.
Kerjasama ini bukan sekadar hubungan institusi - ia adalah tanggungjawab nasional
untuk melahirkan pemimpin masa depan yang berilmu, berintegriti dan berjiwa cinta
negara.
Home of the Bright. Land of the Brave
Di Sini Bermulanya Pintar, Tanah Tumpahnya Berani

