Page 262 - VC Message
P. 262

Leading with Purpose
                                      Messages of the Vice Chancellor     SELECTED SOCIAL MEDIA POSTS










































   254

                                     inspirasi. Inilah cara Universiti Malaya akan terus menjadi peneraju negara dan rantau
                                     - bukan dengan mengikut arus, tetapi dengan mencipta arah baharu.

                                     Kekuatan UM terletak pada kerjasama rentas disiplin, di mana sains bertemu
                                     kemanusiaan, teknologi dipandu oleh etika, dan inovasi digerakkan oleh nurani serta
                                     nilai moral.
                                     Penyelidikan mesti berpaksikan nilai, moral, dan tujuan. Ia mesti bukan sekadar
                                     mencipta, tetapi juga menyembuh dan memulihkan. Bukan sekadar maju, tetapi juga
                                     mengangkat martabat manusia.

                                     Kepada semua pelajar pascasiswazah, anda ialah nadi kepada ekosistem penyelidikan
                                     UM. Setiap kajian, eksperimen dan penulisan anda bukan sahaja menyumbang kepada
                                     kedudukan global universiti, tetapi turut membentuk jati diri, kekuatan intelektual dan
                                     keyakinan diri sebagai pemimpin masa depan dalam dunia ilmu dan inovasi.
                                     Hasil penyelidikan anda hari ini akan menentukan bagaimana dunia mengenang
                                     Universiti Malaya esok. Dan itulah kebanggaan sebenar kita.
                                     Penyelidikan bukanlah noktah terakhir, tetapi satu permulaan – hala tuju ke arah dunia
                                     yang lebih baik, adil dan mampan.
                                     Bersama-sama, kita akan pastikan Universiti Malaya kekal sebagai mercu tanda
                                     global penyelidikan yang berteraskan nurani, nilai dan kemanusiaan.

                                     Home of the Bright. Land of the Brave

                                     Di Sini Bermulanya Pintar, Tanah Tumpahnya Berani
   257   258   259   260   261   262   263   264   265   266   267