Page 259 - VC Message
P. 259
Home of the Bright. Land of the Brave
Di Sini Bermulanya Pintar, Tanah Tumpahnya Berani
Malam COMBALL PALAPES meraikan semangat juang PALAPES Universiti Malaya
- yang dibina atas nilai khidmat, disiplin dan pengorbanan demi mempertahankan
kedaulatan negara. 251
COMBALL PALAPES UM 2025 menjadi lambang kekuatan, semangat setiakawan dan
kepimpinan para kadet serta alumni yang sentiasa teguh, berani dan setia kepada
tanah air tercinta, manisfestasi keunggulan ulang tahun Ke-60 PALAPES UM.
Sambil kita mengenang jasa dan pencapaian mereka, kita juga menumpukan
pandangan masa depan, kepada pembangunan kapasiti dan kesiapsiagaan
berasaskan masa hadapan dalam kalangan warga PALAPES.
Dalam dunia keselamatan yang semakin kompleks, dibentuk oleh kemajuan
teknologi, ancaman hibrid dan perubahan geopolitik global, setiap kadet PALAPES
perlu memperkukuh pandangan jauh dan daya tafsir mendalam terhadap isu-isu
keselamatan dan kepentingan nasional.
Kesiapsiagaan ini melangkaui batas akademik dan latihan ketenteraan semata-mata.
Ia menuntut kesedaran strategik, pemikiran kritikal, serta kepimpinan berteraskan
nilai - asas bagi melahirkan generasi yang bersedia, berwibawa dan berjiwa patriotik
dalam mempertahankan kedaulatan Malaysia.
Kepada semua anggota PALAPES UM, dahulu dan kini, setinggi-tinggi penghargaan
kepada semua. Semangat disiplin, komitmen dan patriotisme anda terus menjadi
inspirasi kepada seluruh warga UM dan negara.
Marilah kita terus membina pemimpin yang bukan sahaja menjadi benteng pertahanan
tanah air, tetapi juga pemikir dan perintis bagi Malaysia yang lebih selamat dan kuat.
Home of the Bright. Land of the Brave
Di Sini Bermulanya Pintar, Tanah Tumpahnya Berani

