Page 261 - VC Message
P. 261
Home of the Bright. Land of the Brave
Di Sini Bermulanya Pintar, Tanah Tumpahnya Berani
From synthetic biology to clean hydrogen, from ethical AI to the space economy - we
must be the first to act, the first to innovate, and the first to inspire. This is how we will
continue to lead the country and the region, not by following trends, but by shaping
them.
Our strength lies in cross-disciplinary collaboration - where science meets the
humanities, where technology is guided by ethics, and where discovery is driven by
conscience. Research must always be humanised, anchored in values, morality, and
purpose. It must not only innovate, but also heal; not only advance, but also uplift.
To all our postgraduate students, you are the heart of UM’s research ecosystem. Every
study, every experiment, every paper contributes not only to our global standing, but
more importantly, to building your character, your intellectual courage, and your sense
of responsibility to society.
Your breakthroughs define the world’s tomorrow, and they make Universiti Malaya
proud today.
Research is not an end, but a beginning - a roadmap to a better, fairer, and more
sustainable world.
Together, we will ensure that Universiti Malaya remains a global beacon of research
with conscience, with purpose, and with humanity.
…………………………..
Saya berbesar hati untuk menyaksikan upacara penutup Universiti Malaya Research,
Innovation and Industry Summit (UMRIIS 2025) - satu himpunan cendekiawan,
penyelidik, dan rakan industri yang berkongsi satu matlamat besar: penyelidikan
mesti berbakti kepada kemanusiaan. 253
Ia merupakan satu nyataan tekad dan iltizam - untuk memastikan penyelidikan yang
dijalankan benar-benar membawa makna, inovasi yang dihasilkan berteraskan nilai
kemanusiaan, dan impak yang tercapai memberi manfaat sebenar kepada dunia.
Dalam era yang berubah pantas dari segi geopolitik, teknologi, mahupun alam sekitar
- penyelidikan yang berpaksikan masa hadapan mesti menjadi nadi dan panduan kita
dalam menghadapi cabaran global yang semakin kompleks.
Di Universiti Malaya, kita akan terus menjadi peneraju dalam bidang penyelidikan,
inovasi dan pemikiran kritikal, merentasi semua dimensi - daripada rawatan penyakit
dan peningkatan kesihatan manusia, kepada melahirkan idea ekonomi baharu, dari
tenaga hijau dan konsep lestari dan revolusi digital, hinggalah ke penerokaan angkasa
dan kemajuan fizik serta sains kuantum.
Melalui 10 bidang tumpuan baharu yang diperkenalkan sejak tahun 2024, kita
memperkukuh kedudukan UM sebagai peneraju pemikiran dan penyelesai masalah,
melahirkan penyelidikan yang memberi kesan nyata kepada negara dan dunia.
Sebagai universiti terulung negara, amat penting bagi kita bukan sahaja mengekalkan
kecemerlangan sedia ada, tetapi juga mencipta bidang baharu yang bersifat future
driven dan berpandangan jauh, dalam bidang yang akan menjadi nadi kemajuan
manusia pada masa hadapan.
Kita tidak boleh menunggu orang lain untuk memimpin, kita mesti mencipta semangat
trend setter, memimpin dengan berani, dan membina masa depan.
Daripada kecerdasan buatan beretika ke ekonomi angkasa - kita mesti menjadi yang
pertama untuk bertindak, yang pertama berinovasi, dan yang pertama memberi

