Page 79 - VC Message
P. 79
Home of the Bright. Land of the Brave
Di Sini Bermulanya Pintar, Tanah Tumpahnya Berani
Mesej daripada Naib Canselor
Kepada Warga Kampus yang dihormati,
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera
Kita kini memasuki fasa separuh kedua tahun ini, dan di sinilah momentum usaha,
pelaksanaan strategik serta sinergi masa depan perlu terus diperkasa, di mana
semangat keberanian dan ketabahan mesti terus dijadikan sebagai platform baharu
era pembaharuan strategik ini.
1. Pengumuman Rancangan Malaysia Ke-13 dan era baharu perubahan serta
transformasi yang didorong tuntutan masa depan ke arah semangat nasional
baharu untuk kecemerlangan, kekal menjadi pemangkin utama universiti untuk
meneruskan peranan sebagai peneraju negara dalam mengangkat martabat dan
kebanggaan negara di persada dunia.
2. Dalam semangat baharu mengejar kegemilangan dan pengiktirafan global dalam
bidang pendidikan tinggi, teras dan prinsip asas kemanusiaan dalam bidang
pendidikan menjadi nadi penting dalam memperluas spektrum impak pendidikan
tinggi untuk kekal berakar pada kepentingan moral, nilai, dan prinsip etika dalam
kepimpinan.
3. Dalam usaha memastikan kita kekal fokus kepada matlamat normatif kejayaan
dari segi akademik dan penyelidikan, kita tidak boleh mengetepikan nilai belas
kasihan, moraliti, dan pengiktirafan terhadap suara hati moral kemanusiaan dan 71
nilai sejagat.

