Page 84 - VC Message
P. 84
Leading with Purpose
Messages of the Vice Chancellor MESSAGES OF THE VICE CHANCELLOR
39. Bab baharu ini turut memperkukuh peranan UM dalam memacu perkongsian
pendidikan dan strategik di seluruh ASEAN. Dengan Jepun menjadi rakan penting
dalam seni bina ekonomi dan keselamatan ASEAN, pakatan universiti-ke-universiti
ini melambangkan penjajaran semula institusi terkemuka Asia yang lebih luas.
40. Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, kepentingan strategik semangat
kesepaduan di UM kekal penting, dengan PPUM sebagai teras, dan akan ada
lebih banyak usaha menarik dan menyerap bakat ke PPUM, termasuk pengisian
jawatan baharu oleh bakat terbaik. Bagi memupuk semangat kesepaduan ini,
penggunaan identiti/kad kakitangan bersama akan dilaksanakan tidak lama lagi.
41. Kita juga baru sahaja menyaksikan kejayaan program UM-WoW untuk semua
pelajar Diploma dan Asasi, kini dengan lebih 3,000 pelajar, satu lagi pencapaian
yang patut dibanggakan oleh seluruh kampus hasil usaha tanpa lelah semua
pihak untuk memberi pengalaman sambutan yang terbaik kepada pelajar.
42. Bagi kehadiran strategik kita di China, kita berbangga menyaksikan kumpulan
pertama pelajar asasi kita bergraduasi di kampus Xi’an, dengan seramai 109
pelajar tamat pengajian. Ini akan disusuli graduasi kumpulan pertama pelajar
tiga program di Yunnan, iaitu kejuruteraan kimia, sains bahan, dan kecerdasan
buatan.
43. Dalam usaha berterusan memastikan kualiti pembelajaran dan kehidupan di
kampus, kita kini sedang berusaha meningkatkan kapasiti penginapan kepada
40,000 pelajar, yang telah diluluskan secara prinsip oleh UKAS dan menunggu
kelulusan Jemaah Menteri pada Ogos ini.
44. Dalam visi untuk memajukan ekosistem kesihatan, kita akan menubuhkan hospital
swasta kedua (seumpama UMSC kedua) menjelang tahun depan. Hospital
quarternary 250 katil ini akan menjadi satu lagi simbol kebanggaan universiti dan
76 negara, serta penanda aras kecemerlangan quarternary dengan kepakaran dan
jenama kita sendiri.

