Page 85 - VC Message
P. 85

Home of the Bright. Land of the Brave

                                                      Di Sini Bermulanya Pintar, Tanah Tumpahnya Berani



               45.  Proses bidaan bagi hospital ketiga seumpama itu juga telah bermula, kini pada
                   peringkat bidaan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), yang akan
                   memperluas lagi kapasiti kita.
               46.  Bagi memperluas spektrum bakat insan, kita telah memulakan pemacu
                   pengambilan  bakat dengan pendekatan strategik baharu, dan berjaya
                   mendapatkan 17 pemegang PhD berkualiti tinggi dari UK dengan kepakaran
                   hebat.
               47.  Mereka  berasal  daripada  industri  serta  universiti  terkemuka  seperti  Imperial
                   College  London,  University  of  Cambridge,  dan  University  of  Aberdeen. Dipilih
                   daripada ratusan pemohon, model ini akan dilaksanakan di negara lain termasuk
                   Australia dan AS. Model ini menjimatkan jutaan ringgit kerana kita mendapatkan
                   bakat ini sebelum mereka menamatkan pengajian.
               48.  Mengambil kira perhatian nasional terhadap keselamatan pelajar di dalam
                   dan luar kampus, terutamanya dengan insiden kemalangan bas UPSI dan kes
                   pembunuhan pelajar Universiti Cyberjaya, UM akan terus mengutamakan isu
                   keselamatan ini pada tahap tertinggi.
               49.  Semua infrastruktur dan mekanisme keselamatan pelajar akan disemak, dikemas
                   kini dan dipertingkat, termasuk pengangkutan, bas dan penginapan pelajar.
               50.  Kita sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada mangsa insiden bas dan
                   keluarga mendiang Maniishapriet Kaur Akhara.
               51.  Kejayaan kita dalam QS World University Rankings 2026 mencapai kedudukan
                   ke-58 dunia buat julung kalinya membuktikan komitmen dan fokus berterusan kita
                   dalam menghasilkan kecemerlangan bukan sahaja dalam akademik, penyelidikan
                   dan intelektual, tetapi juga dalam membawa perubahan positif kepada negara,
                   dunia dan kemanusiaan.
                                                                                                                      77
               52.  Pencapaian ini menjadi kebanggaan seluruh negara, dan tidak mungkin tercapai
                   tanpa kerja keras, pengorbanan, dan sokongan tanpa henti daripada seluruh
                   warga kampus  dari ahli akademik dan penyelidik, pentadbir, staf sokongan,
                   hinggalah pelajar.
               53.  Pelaksanaan pelbagai pembaharuan dan transformasi berpandangan masa
                   depan sejak tahun lalu kini mula membuahkan hasil, dan universiti akan kekal
                   teguh dalam meneruskan perjalanan transformasi ini untuk membawa UM ke
                   tahap tertinggi.
               54.  Struktur tadbir urus telah diperhalusi dan ditambah baik, menyumbang kepada
                   kejayaan ranking ini, selari dengan visi Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim
                   yang menekankan tadbir urus berpandangan ke hadapan berteraskan daya saing,
                   integriti, keberkesanan dan keadilan.
               55.  Dalam kebanyakan penunjuk utama ranking, universiti terus mencatat pencapaian
                   baharu, dan kita akan mengenal pasti bidang yang memerlukan penglibatan lanjut
                   untuk memastikan kualiti dan standard dikekalkan.
               56.  Dalam menghadapi pelbagai cabaran global, universiti akan terus memainkan
                   peranan sebagai peneraju pendidikan tinggi negara dengan mencipta penyelesaian
                   kepada cabaran semasa dan masa depan, menghasilkan penyelidikan berimpak
                   tinggi, dan melahirkan graduan holistik yang menjadi harapan masa depan negara
                   dan dunia.
   80   81   82   83   84   85   86   87   88   89   90