Page 80 - VC Message
P. 80
Leading with Purpose
Messages of the Vice Chancellor MESSAGES OF THE VICE CHANCELLOR
4. Dalam semua usaha kita mencapai kejayaan akademik dan penyelidikan, sama
ada daripada menghasilkan penyelesaian kepada penyakit kronik sehinggalah
mencipta penyelesaian baharu bagi permasalahan saintifik matematik dan sains
angkasa, semua ini mesti dibentuk serta dipacu oleh matlamat murni sejagat untuk
menegakkan prinsip moral yang jelas, keyakinan teguh serta aspirasi berteraskan
tujuan murni untuk manfaat kemanusiaan.
5. Suara hati moral dalam sistem pendidikan berteraskan kemanusiaan yang
merangkumi semangat kebersamaan, keterangkuman, keadilan, kesaksamaan,
belas kasihan dan rasa hormat yang mencerminkan inti pati kemanusiaan yang
terbaik, mestilah menjadi renungan dan panduan utama seluruh warga kampus
dalam tugas dan kerja seharian, serta tidak boleh dibayangi oleh amalan normatif
dan konvensional peraturan kerja yang berada di takuk dan kepompong lama.
6. Masa depan negara dan nasib generasi akan datang berada di tangan kita hari ini,
di mana dasar yang dibentuk dan pelan tindakan yang dilaksanakan membantu
mewujudkan penghayatan baharu aspirasi berasaskan nilai dan prinsip yang
digerakkan oleh hati nurani dan rasa belas kasihan.
7. Dalam melangkah ke hadapan dalam persimpangan baharu antara perubahan
dan cabaran ini, universiti perlu memiliki kekuatan dalaman dan kelincahan,
manakala sektor serta bidang tumpuan baharu mesti diurus dan diterajui dengan
pantas dan berwibawa.
8. Kepentingan strategik sektor semikonduktor dan cip telah lama terbukti, dan
bidang tumpuan baharu ini telah dikenal pasti sebagai salah satu daripada 10
Bidang Teras Baharu universiti sejak tahun lalu. Kini, kita akan bergerak ke
hadapan untuk memperkasa bidang ini dan bekerjasama rapat dengan rakan
industri yang memiliki kepakaran dan pengalaman terbukti.
72 9. Kerjasama dengan University Alliance in Talent Education Development (UaiTED)
telah memperkukuh perbincangan mengenai aspek kritikal kerjasama yang
akan mewujudkan impak positif bersama berorientasikan masa depan terhadap
pembangunan teknologi dan modal insan negara dan seterusnya, khususnya
dalam bidang semikonduktor.
10. Bagi meningkatkan keberkesanan industri semikonduktor dan menubuhkan
kehadiran strategik baharu di kampus — dengan kelebihan insentif unik yang
dimiliki institusi — telah dipersetujui secara prinsip bahawa tumpuan industri ini
dan kemungkinan hubungan langsungnya akan melibatkan cip berteknologi tinggi
serta reka bentuk dan IC design and packaging. Ini akan berasaskan faktor saling
menguntungkan dengan menjemput institusi semikonduktor terkemuka untuk
menubuhkan barisan pemasangan dan pembungkusan di sini, sambil memberi
manfaat kepada warga kampus terutamanya pelajar melalui peluang latihan
industri sehingga peluang pekerjaan tetap selepas tamat pengajian.
11. Keseluruhan ekosistem penyelidikan dan rantaian nilai universiti akan diperkukuh
sepenuhnya, memanfaatkan kekuatan utama dan bidang khusus industri swasta
serta kepakaran, modal insan, dan rangkaian meluas universiti.
12. Kemasukan peneraju utama semikonduktor dan permulaan era baharu reka
bentuk cip berteknologi tinggi akan membawa kesan limpahan positif kepada
universiti dan negara, sejajar dengan agenda nasional memperkasakan industri
semikonduktor serta Strategi Semikonduktor Negara.
13. Usaha ini akan terus meneroka model baharu dan memperluas batas
tradisional kerjasama industri-akademia, sambil merangka haluan baharu untuk
memperkukuh sinergi terbaik antara industri dan keseluruhan dinamika ekosistem
ini. Hasil dan impak jangka panjangnya akan memberi manfaat kepada matlamat
jangka panjang memajukan pembangunan modal insan berkemahiran tinggi,
menyuntik pengetahuan serta kepakaran baharu dalam bidang berkaitan, dan
meningkatkan kapasiti serta capaian ekosistem penyelidikan kita.

