Page 81 - VC Message
P. 81

Home of the Bright. Land of the Brave

                                                      Di Sini Bermulanya Pintar, Tanah Tumpahnya Berani



               14.  Kita juga telah menyaksikan penganjuran sulung  UM UG iFEST, pencapaian
                   perintis yang menjadi kebanggaan kita semua, khususnya sebagai pentas utama
                   menonjolkan pencapaian akademik dan penyelidikan pelajar ijazah pertama, yang
                   memberi makna besar bukan sahaja kepada pelajar tetapi kepada seluruh warga
                   kampus dan negara.
               15.  Program  ini  menyediakan  platform bagi  pelajar ijazah pertama untuk
                   mempamerkan hasil kerja dan usaha mereka dalam bidang masing-masing, di
                   mana pihak industri dan lain-lain kini berpeluang menyaksikan secara langsung
                   hasil karya dan penyelidikan pelajar yang mengagumkan.
               16.  Ini menjana era baharu pengiktirafan bakat dan modal insan, serta menjadi asas
                   kepada hala tuju masa depan universiti dalam memanfaatkan dan memperkukuh
                   aset modal insan terhebat kita.
               17.  Seiring usaha memperkasa bakat dan penciptaan ilmu, pendekatan seimbang
                   kekal penting, dan di sinilah  usaha membangunkan  bakat serta infrastruktur
                   sukan telah membuahkan hasil.
               18.  Usaha cemerlang warga kampus, khususnya Portfolio Pembangunan, dalam
                   menaik taraf, memulihkan, serta membina kemudahan sukan baharu di seluruh
                   kampus akan membuka jalan kepada pembangunan budaya sukan di kampus.
               19.  Jika terdapat kemudahan sukan yang didapati dalam keadaan tidak memuaskan,
                   sila maklumkan kepada kami untuk tindakan sewajarnya.
               20.  Kita sedang giat mendapatkan sumber sokongan dan pembiayaan baharu bagi
                   RMK-13, selepas menerima peruntukan besar di bawah RMK-12. Usaha ini bagi
                   memastikan semua keperluan asas kampus termasuk peralatan, infrastruktur,
                   dan kemudahan terkini untuk semua fakulti  dapat dipenuhi bagi komuniti kampus
                   kini dan masa depan.
                                                                                                                      73
               21.  Aset kita mesti digunakan secara berkesan dan strategik, termasuk tanah milik
                   universiti yang perlu diurus baik untuk pulangan yang berbaloi, seperti Pusat
                   Penyelidikan Bioteknologi Glami Lemi serta aset tanah dan pusat lain yang mesti
                   disusun semula untuk memberi pulangan mengikut perkembangan teknologi
                   terkini.
   76   77   78   79   80   81   82   83   84   85   86