Page 19 - 6-Buku Panduan Maklumat Am
P. 19
MAKLUMAT AM
Pendahuluan
(1) Pelajar dinasihat supaya membaca Buku Kaedah-Kaedah dan Peraturan-Peraturan
Universiti Malaya (Pengajian Ijazah Pertama) 2019 sebagai pelengkap kepada Buku
Panduan Akademi Pengajian Melayu.
(2) Pelajar perlu mengambil perhatian bahawa pendaftaran kursus adalah berdasarkan
kursus-kursus yang ditawarkan pada semester berkenaan.
(3) Bilangan pelajar untuk sesuatu kursus juga adalah tertakluk kepada kapasiti bagi
kursus berkenaan.
Pendaftaran Kursus
(1) Pelajar dikehendaki mendaftar kursus mengikut tahap pengajian yang ditetapkan.
Tahap pengajian ditentukan berdasarkan bilangan kredit yang telah didaftar oleh pelajar
seperti berikut:
Tahap Pengajian Bilangan Kredit
Awal 35 kredit dan ke bawah
Pertengahan 36 – 75 kredit
Akhir 76 kredit dan ke atas
(2) Pelajar dikehendaki mengikuti program pengajiannya berdasarkan struktur program
pengajian sepertimana yang ditentukan oleh Fakulti dan diluluskan oleh Senat.
Manamana kursus yang didaftarkan selain daripada yang ditetapkan di dalam struktur
program pengajian tidak akan diambil kira untuk tujuan penyempurnaan pengijazahan.
(3) Pendaftaran kursus hendaklah selesai sebelum sesuatu semester bermula. Pelajar
yang tidak menyelesaikan pendaftaran dalam tempoh yang ditetapkan tidak dibenarkan
untuk mengikuti kursus berkenaan.
(4) Pelajar tidak dibenarkan tambah/gugur kursus selepas membuat pengesahan
pendaftaran.
(5) Pendaftaran kursus yang mempunyai prasyarat hanya dibenarkan setelah pelajar lulus
kursus prasyarat yang ditetapkan dengan memperolehi sekurang- kurangnya gred C.
(6) Pelajar bertanggungjawab menyemak dan memastikan kod kursus yang didaftar adalah
betul. Selepas tamat tempoh yang ditetapkan, kursus yang didaftar adalah muktamad
dan sebarang pindaan tidak dibenarkan.
(7) Pelajar yang tidak mendaftar dalam tempoh yang ditetapkan bagi semester berkenaan
akan direkodkan sebagai Tidak Mendaftar.
(8) Mana-mana pelajar yang gagal mendaftar secara berterusan bagi tempoh dua (2)
Semester Biasa dan gagal menyempurnakan pendaftaran dalam tempoh yang
ditetapkan pada Semester Biasa berikutnya akan terhenti daripada menjadi pelajar dan
ditamatkan pengajian.
(9) Pendaftaran mana-mana kursus tidak dibenarkan sama sekali dalam keadaan berikut:
15