Page 23 - 6-Buku Panduan Maklumat Am
P. 23

(3)  Walau apa pun yang diperuntukkan di dalam subperaturan (1) dan (2) di atas, pelajar tidak
               dibenarkan  untuk  mempertingkatkan  gred  dan/atau  prestasi  akademik  setelah  Senat
               meluluskan penganugerahan ijazah kepada pelajar.

           Mengulang Kursus Yang Gagal

           (1)  Pelajar yang gagal mana-mana Kursus Universiti/Kursus Umum (kecuali Kursus Elektif
               Luar Fakulti* dan Kokurikulum) dan Kursus Teras dikehendaki mengulang kursus yang
               sama sehingga mencapai sekurang-kurangnya gred lulus tertakluk kepada had tempoh
               pengajian maksimum. Mata gred terbaik akan diambil kira bagi pengiraan PNGK.
           (2)  Pelajar  yang  gagal  mana-mana  Kursus  Elektif,  Kursus  Elektif  Luar  Fakulti*  atau
               Kokurikulum  boleh  mengulang  kursus  yang  sama  atau  mengambil  kursus  lain  dalam
               kategori kursus yang sama sebagai ganti kursus yang gagal.

               Pengiraan PNGKnya adalah seperti berikut:

               (a)  bagi pelajar yang mengulang kursus yang sama, mata gred terbaik akan diambil kira;
                  dan

               (b)  bagi  pelajar  yang  mengambil  kursus  lain  sebagai  ganti,  mata  gred  bagi  kursus
                  berkenaan diambil kira secara kumulatif.

           (3)  Walau  apa  pun  yang  dinyatakan di  dalam subperaturan  (1)  dan  (2)  di  atas,  sekiranya
               pelajar memperolehi gred F sebanyak tiga (3) kali bagi kursus yang sama, pelajar akan
               gagal keluar dan ditamatkan daripada program pengajiannya.

           Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Lulus Dengan Kepujian (Dengan Cemerlang)

           Pelajar layak dianugerahkan ijazah Sarjana Muda Lulus Dengan Kepujian (Dengan Cemerlang)
           sekiranya:

           (1)  mencapai PNGK terakhir 3.70 dan ke atas;

           (2)  tidak  pernah  mendapat  gred  F  bagi  mana-mana  kursus  sepanjang  tempoh  program
               pengajiannya;

           (3)  tidak pernah mengulang kursus yang gagal dan/atau mempertingkatkan gred kursus; dan
               berjaya menamatkan program pengajian dalam tempoh minimum atau tempoh yang diluluskan.

           Fungsi Penasihat Akademik

           Penasihat Akademik bertanggungjawab bagi:

           (a)  membantu pelajar dalam pemilihan kursus dan bilangan kredit yang pelajar akan ambil
               sebelum semester bermula; dan

           (b)  memberikan bimbingan kepada pelajar dalam mengatasi masalah pembelajaran, jika ada,
               berdasarkan prestasi pengajian pelajar.









                                            19
   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28